Hai, para eGGlets, pasti anda mengikuti perkembangan PUBGM tanpa jemukan sebab ingin tahu perkembangan pasukan kegemaran anda dan berita sensasi yang terjadi dalam dunia permainan video ini bukan.

Tepat jam 12 tadi, peminat PUBG dikejutkan dengan berita PMPL Musim 4 kali ini menjanjikan perubahan yang lebih menarik dengan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terbesar Malaysia bergabung dengan pasukan teratas bagi meningkatkan persaingan.

PUBG PMPL Malaysia / Singapura Musim 4 akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 19 September, dengan pertandingan selama 18 hari dan jumlah hadiah berjumlah AS$150,000.

Tertanya berita mengejutkan ini peminat PUBG di mana mereka dapat melihat idola mereka kini bersaing dalam pertandingan kompetitif walaupun tidak berada dalam satu pasukan.

Antara KOL terkenal Mohd Fariz “Soloz” Zakaria yang bergabung dengan Anti Circle, DaddyHood (DDYHD) yang bergabung dengan Homebois dan XK Penjahat bergabung dengan R2K.

Antara KOL terkenal Mohd Fariz “Soloz” Zakaria yang bergabung dengan Anti Circle, DaddyHood (DDYHD) yang bergabung dengan Homebois dan XK Penjahat bergabung dengan R2K. -eGG Network
Penyertaan mereka tentunya akan menjadi pentas persaingan yang sengit dan juga meningkatkan sukan di negara ini.

Penyertaan keempat-empat pemain utama akan menjadi berita baik terutama bagi peminat mereka yang tidak sabar-sabar yang pasti akan memberi inspirasi kepada pemain baru dalam komuniti ini.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!