Pasukan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) tempatan The Face Gaming (TFG) bersedia untuk berentap dan mengharumkan nama negara menerusi kejohanan PUBG Australia Invitational ZIMO 2018 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Melbourne, Australia pada Rabu.
Pengasas TFG, Ahmad Tarmizi berkata pasukannya akan memberikan yang terbaik untuk merangkul kejuaraan kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM448,000 (AUD$150,000).
“Ia memang satu kebanggaan dan pencapaian besar bagi kami apabila dapat mewakili negara, memandangkan Malaysia mempunyai jumlah penyokong dan peminat e-sukan yang kian bertambah. Kami sangat gembira.
“Bagi persiapan kejohanan ini, kami sedang berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan yang ada ketika ini. Kami turut menjalani bootcamp dan melakukan beberapa penyelidikan kelemahan dan kelebihan pasukan-pasukan yang akan bertanding nanti,” kata Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI baru-baru ini.
TFG yang diwakili Afiq Afzainizam, Farhan Johari, Mohammad Azali dan Muhammad Nur Hilman layak ke kejohanan tersebut selepas memenangi pusingan kelayakan Piala Komuniti MET pada bulan lalu dengan markah keseluruhan 1,496 mata.
Sebelum ini, TFG pernah menyertai kejohanan Malaysia Cyber Games yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Meskipun sekadar berada di kedudukan ke-10 dalam kejohanan itu, TFG tidak berputus asa malah ia membakar semangat setiap ahli pasukan untuk menjadi yang terbaik dalam e-sukan battle royale itu.
“Sebaik sahaja pusingan kelayakan diumumkan, kami berlatih selama empat atau lima jam setiap malam selama tiga bulan.
“Akhirnya TFG menang dan perasaan itu sukar digambarkan. Memang penuh dengan keterujaan dan kegembiraan. Kami terus menjalani latihan setiap hari bagi mengukuhkan keserasian pasukan,” tambahnya.
Sebanyak 20 pasukan terbaik dari China, Australia, New Zealand dan Asia Tenggara akan bertanding dalam kejohanan itu dengan juara akan pulang kira-kira RM179,000 (AUD$60,000).
PUBG merupakan permainan video battle royale yang menjadi pilihan kebanyakan gamers di seluruh dunia sehingga mencatatkan jualan melebihi 30 juta salinan bagi versi Windows sejak ia dilancarkan sepenuhnya pada 20 Dis tahun lalu.
PUBG juga pernah mencatatkan rekod angka tiga juga pemain yang bermain secara serentak di platform pengedaran digital Steam.
Menerusi perkembangan dan penerimaan baik daripada pengguna, PUBG kini menjadi satu e-sukan yang kompetitif dengan beberapa kejohanan dianjurkan.
Mariah Ahmad
Sun Apr 22 2018
Pasukan The Face Gaming yang akan bertarung di PUBG Australia Invitational ZIMO 2018 nanti terdiri daripada (dari kiri) Mohammad Azali, Farhan Johari, Afiq Afzainizam dan Muhammad Nur Hilman. - ZOTAC Malaysia
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
PUBG: 'The Face Gaming' sedia gegarkan Australia, rebut wang terkumpul RM448,000
Pasukan 'The Face Gaming' berharap dapat mengharumkan nama Malaysia dalam e-sukan PlayerUnknown's Battlegrounds.