KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi berkata tindakan mengeluarkan air secara manual itu tidak sepatutnya dilakukan kerana venue tesebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang.
"PSM memang tidak mencadangkan mengeluarkan air secara manual seperti itu terutama sekali menggunakan penyodok dan kadbod seperti membersihkan lantai...sepatutnya tidak begitu.
"Padang ini ada sistem perparitan dan kalau tengok bila perlawanan bermula tiada lagi kelihatan air bertakung kerana ia memerlukan masa untuk air surut keluar," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Semalam, tular beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung di Stadium Nasional selepas hujan lebat yang mengakibatkan hampir sepenuhnya permukaan padang digenangi air.
Mengulas lanjut, Mohd Faidz berkata sistem perparitan di Stadium Nasional membolehkan permukaan padang yang bertakung kembali normal dalam tempoh 15 minit selepas hujan berhenti sementara sekiranya hujan lebat disusuli hujan renyai ia mengambil masa antara 20 hingga 25 minit untuk air surut.
Beliau berkata permukaan padang menjadi lebih teruk akibat penggunaan penyodok dan kadbod untuk mengeluarkan air kerana ia merosakkan rumput.
"Ini seperti hendak mengeringkan rambut menggunakan sikat... anda menggunakan peralatan yang tidak sepatutnya, tak perlu gunakan alatan kerana ada parit di bawah itu yang akan mengalirkan air keluar," katanya.
Sementara itu, PSM dalam kenyataan menyatakan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memastikan baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 berlangsung dengan lebih baik dan teratur.
PSM menjelaskan pihaknya bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan proses penukaran permukaan padang Stadium Nasional yang dijadual bermula suku pertama tahun depan selain kerja-kerja penambahbaikan lain sejurus tamat komitmen acara-acara lain tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Semalam, tular beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung di Stadium Nasional selepas hujan lebat. - Foto ihsan pembaca

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

PSM tak arah guna penyodok, kadbod buang air bertakung di Stadium Nasional
Tindakan mengeluarkan air secara manual itu tidak sepatutnya dilakukan kerana venue tesebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik.