KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mempertimbang untuk menjemput pasukan dari luar negara untuk merancakkan saingan Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2021/2022 di Johor Bahru pada Mac ini.
Pemangku Presiden PSM Datuk Akramuddin Abdul Aziz Safiat berharap dapat memancing pasukan luar negara yang memiliki tahap permainan setanding pasukan tempatan bagi memeriahkan saingan yang dijangka bermula 20 hingga 26 Mac sebaik sahaja kempen Liga Perdana dan Divisyen 1 STL melabuhkan tirainya.
Beliau juga percaya Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan 'merestui' hajat PSM untuk membawa pasukan luar bertanding dalam kejohanan itu selepas isu larangan pemain import beraksi pada saingan STL musim ini selesai.
"Kita dah lihat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempunyai keakraban yang begitu baik dengan Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader, jadi tiada masalah bagi pihak penganjur untuk membawa pasukan dari negara luar sertai kejohanan ini," katanya dalam sidang media selepas pelancaran STL 2021/2022 pada Jumaat.
Turut hadir Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Pada Rabu lepas, ASTAF memberi lampu hijau kepada pasukan yang bertanding dalam STL musim ini untuk menggunakan khidmat pemain import selepas badan induk sukan itu mengeluarkan amaran mana-mana pemain import boleh dikenakan tindakan sekiranya beraksi dalam saingan tersebut apabila PSM bukan lagi ahli gabungan mereka.
Mohamad Norza pula berterima kasih kepada ASTAF kerana memberi laluan untuk pasukan yang bertanding dalam STL membenarkan pemain import beraksi selain menjelaskan hubungan baik MOM dengan mereka telah membantu menyelesaikan kemelut dihadapi PSM dan penganjur berhubung isu itu sebelum ini.
Setiausaha Agung PSM Datuk Abidullah Salleh, ketika ditemui pemberita, memaklumkan tiga bekas ahli gabungan persatuan iaitu Selangor, Putrajaya dan Sarawak boleh memohon untuk kembali bersama PSM selepas Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung pada 12 Feb depan.
"Saya percaya pucuk pimpinan baharu PSM serta Ahli Majlis Tertinggi akan mempertimbang permohonan Selangor, Putrajaya dan Sarawak sekiranya mereka berminat untuk kembali ke pangkuan kita," katanya.
Kemelut PSM bermula pada Mei lepas apabila ASTAF menyingkirkan persatuan itu manakala bekas Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun susulan tindakan beliau menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan salinannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF.
Keputusan itu menyaksikan 11 ahli gabungan, yang dikenali sebagai G11, mengumumkan keluar daripada PSM namun majoriti kembali menyertai persatuan tersebut manakala bakinya dilaporkan sedang berusaha mewujudkan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia.
Pada Oktober lepas, lapan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan PSM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
PSM mempertimbang untuk menjemput pasukan dari luar negara untuk merancakkan saingan Kejohanan Piala Juara-Juara STL 2021/2022.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
PSM terima tawaran ASTAF
Persatuan Sepaktakraw Malaysia bersetuju menerima tawaran ASTAF untuk bergelar tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
PSM sedia pertimbang tawaran ASTAF jadi tuan rumah Piala Asia
PSM sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.
PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
ASTAF menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak, PSM buat siasatan dalaman
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.