SERDANG: Program Rakan Muda yang dijangka dilancar semula pada tahun ini akan menjadi antara program utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata program yang akan diperkasa menerusi pelbagai bentuk penambahbaikan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia itu, sedang dalam peringkat akhir penelitian.
"Kita di peringkat perancangan pelaksanaan dengan pelbagai program diletakkan di bawahnya (Rakan Muda), jadi bila ia sudah sedia KBS akan lancarkan.
"Rakan Muda cukup dikenali semasa zaman 90-an saya. Kalau kita dapat perkenalkan ia semula sudah tentu ia boleh diperluaskan kepada generasi kini dan hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program siri syarahan 3rd Distinguished Lecturer Series on Youth Well-being di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.
Pada 5 Mac lepas, KBS memaklumkan program Rakan Muda akan diperkasakan semula menerusi pelbagai penambahbaikan meliputi pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan.
Rakan Muda ialah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Hannah berkata program yang akan diperkasa menerusi pelbagai bentuk penambahbaikan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia itu, sedang dalam peringkat akhir penelitian. - Fail/BERNAMA
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
KBS kaji insentif sesuai bagi tarik belia sertai Program Rakan Muda
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji insentif sesuai bagi menarik minat golongan belia untuk menyertai 10 program di bawah Program Rakan Muda.
Program Rakan Muda jadi antara keutamaan KBS - Hannah
Program Rakan Muda yang dijangka dilancar semula pada tahun ini akan menjadi antara program utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).