KUALA LUMPUR: Senarai akhir barisan atlet yang akan menyertai program latihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) hanya akan dimuktamadkan pada 24 Jan ini.
Pengarah Bahagian Atlet MSN Jefri Ngadirin berkata ia berikutan Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) belum memutuskan senarai 28 atletnya termasuk barisan pelapis yang perlu diserap dalam program latihan tahun ini.
"Hasil mesyuarat jawatankuasa kerja yang berlangsung pukul 2 petang (Khamis) menyaksikan MAKAF mahu menangguhkan keputusan senarai akhir atlet mereka untuk program latihan MSN.
"MAKAF meminta untuk membuat penilaian dan pemilihan mengikut kriteria ditetapkan, sebelum atlet terpilih mereka dapat memulakan latihan pertama awal bulan depan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jefri berkata keputusan pada 24 Jan itu merupakan konsensus daripada pihak terlibat dalam mesyuarat itu nanti termasuk dari Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hasil perbincangan lebih lanjut untuk memutuskan barisan atlet yang layak disenaraikan dalam program latihan itu.
Ditanya mengapa karate do merupakan sukan terakhir mengadakan mesyuarat selepas kesemua 22 persatuan sukan membuat keputusan Disember lepas, Jefri berkata MAKAF mahu mempertimbangkan prestasi atlet mereka pada Kejohanan Karate Asia di Almaty, Kazakhstan yang berlangsung pada 19-22 Dis lepas.
Sebelum ini, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata peruntukan terhad membuatkan badan induk sukan itu terpaksa mengurangkan jumlah atlet dalam program latihannya daripada 432 tempat tahun lepas kepada 248 tempat tahun ini bagi atlet biasa, manakala 45 tempat untuk atlet para berbanding 114 tempat tahun lepas.
Seramai 178 atlet pelapis pula ditawarkan kontrak baharu berbanding 260 atlet tahun lepas, manakala 22 atlet pelapis para pula diberi peluang untuk menikmati program latihan selepas tiada kuota ditawarkan kepada mereka sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
Jefri berkata ia berikutan Persekutuan Karate Do Malaysia (MAKAF) belum memutuskan senarai 28 atletnya termasuk barisan pelapis yang perlu diserap dalam program latihan tahun ini. - Gambar fail
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.
Hapuskan had umur penyertaan Sukma - Ahmad Shapawi
Sudah tiba masanya tiada had umur ditetapkan kepada atlet untuk beraksi di temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi memberi mereka peluang bersaing secara kompetitif.
MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.
MSN masih tunggu maklum balas negeri berhubung penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Sukan Negara (MSN) masih menunggu maklum balas daripada negeri lain yang berkemungkinan berminat menjadi penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027.
Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.