KUALA LUMPUR:Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur pada Rabu bagi menyembah maklum perkembangan terkini bola sepak tempatan.
Perkembangan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan (NTC) di Putrajaya yang diilhamkan oleh ayahanda KDYMM Seri Paduka Baginda, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan Presiden FAM dari 1984 hingga 2014 adalah antara yang menjadi tujuan pertemuan tersebut.
FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, NTC di Presint 5, Putrajaya dicadang menampilkan kemudahan moden termasuk tiga padang berciri antarabangsa yang kini dalam perbincangan fasa terakhir bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum kerja-kerja awal pembinaannya dijangka dimulakan pada awal tahun depan.
"Rundingan untuk membina ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 juga sedang dimuktamadkan dan dijangka mula dibina pada lewat tahun 2021.
"FAM juga memohon perkenan pandangan Seri Paduka Baginda mengenai tanah FAM di Bentong, Pahang seluas 30 ekar," jelas kenyataan itu.
Hamidin turut menyembah maklum beberapa isu semasa kepada Seri Paduka Baginda dalam kapasiti Al-Sultan Abdullah selaku tokoh yang berpengalaman luas dalam bola sepak tempatan dan luar negara, termasuk menggalas tugas selaku Presiden FAM dari 2014 hingga 2017.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, Hamidin dilaporkan menyembah maklum aktiviti bola sepak negara kendalian FAM dan Malaysian Football League (MFL) terutama membabitkan jadual perlawanan yang berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan pandemik COVID-19.
BACA: FAM nafi Harimau Malaya tarik diri kelayakan Piala Dunia, Piala AFF
Majlis menghadap Seri Paduka Baginda kali kedua sejak 27 Jun 2019 itu turut dinyatakan proses penswastaan kelab dan pasukan Liga Malaysia serta pemisahan FA kepada FC selain persediaan dan persiapan pasukan kebangsaan bagi menyambung saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac.
“Ia termasuk perjalanan saingan Liga Malaysia musim 2021 juga Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang akan dijadual Disember tahun depan,” tambah kenyataan itu lagi.
BACA: Jersi baharu Harimau Malaya dilancarkan hari ini
Pada masa sama, Hamidin juga menyembah maklum mengenai perkembangan terkini bola sepak yang diputuskan dalam EXCO AFF dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Sebagai tanda menjunjung kasih FAM ke atas Seri Paduka Baginda, Hamidin turut menyampaikan pemberian jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada KDYMM Seri Paduka Baginda.
Faris Danial Razi
Wed Dec 09 2020
Sebagai tanda menjunjung kasih FAM ke atas Seri Paduka Baginda, Datuk Haji Hamidin turut menyampaikan pemberian jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada KDYMM Seri Paduka Baginda. - Facebook/FAMalaysiaOfficial
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.