KUALA LUMPUR: Polis meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, penugasan kawalan di dalam dan luar stadium ini bermula pada jam 5.30 petang bagi memastikan keadaan keselamatan terjamin serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan di pintu masuk dan juga selepas memasuki stadium. Petugas akan memeriksa badan mahu pun beg yang dibawa penonton," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muhammad Idzam berkata, penonton juga tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium seperti mercun dan bunga api, suar, topi keledar, laser, mancis serta pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras selain payung atau tongkat.
"Kita akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya terdapat penonton yang melanggar arahan yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.
Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran trafik, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam ke stadium dan patuhi arahan daripada anggota polis yang bertugas.
"Orang ramai diingatkan sama sekali untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium kerana tindakan saman dan tunda akan diambil ke atas kenderaan yang menghalang lalu lintas, ujarnya.
Dalam pada itu, kawalan ini turut diperketat pada perlawanan akan datang dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2022 dan Kelayakan AFC Asian China Cup 2023 yang dijadualkan bermula 8 Jun 2022 sehingga tamat perlawanan kumpulan H di SNBJ.
Sinar Harian
Wed Jun 01 2022


Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Polis tingkat kawalan di Stadium Nasional Bukit Jalil
Polis meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini pada Rabu.