Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 hadir untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Najib turun ke trek untuk bersama-sama dengan barisan pelumba F1 untuk acara nyanyian lagu 'Negaraku' sebelum perlumbaan bermula.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali turut serta dalam acara tersebut.
Wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio turut diberi penghormatan untuk bersama-sama dengan pelumba F1 di trek sebelum perlumbaan bermula.
Ahli sukan yang mengharumkan nama negara itu merangkumi atlet Olimpik Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa serta atlet Paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail.
Najib turut menyampaikan trofi kemenangan kepada juara, Daniel Ricciardo daripada pasukan Red Bull Racing.
Pelumba kelahiran Australia itu menamatkan perlumbaan 56-pusingan itu dengan catatan masa satu jam 37 minit 12,776 saat, kelebihan 2.4s di depan rakan sepasukan, Max Verstappen dari Belanda untuk kedudukan satu dan dua buat Red Bull.
Pendahulu kejuaraan dunia, Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes AMG Petronas, melengkapkan podium dengan catatan masa 1:37:41.561s. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) beramah mesra dengan Atlet Paralimpik Negara, Muhamad Rizduan Puzi yang turut diberi peluang melihat aksi para Pasukan F1 sebelum memulakan perlumbaan pada F1 hari ini. - Gambar Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

PM, wira dan wirawati Olimpik, Paralimpik tonton F1
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 hadir untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.