KUALA LUMPUR: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.
"Pertimbangan dan keputusan itu dibuat berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira cabaran serta perkembangan semasa demi kepentingan kesihatan awam selaras dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19 terutama di dalam komuniti," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, KBS memaklumkan operasi yang dibenarkan adalah membabitkan kemudahan atau premis sukan dan rekreasi yang terhad bagi urusan pengurusan dan penyelenggaraan sahaja; program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep Camp Based Training.
Selain itu, turut dibenarkan adalah program latihan berpusat secara kuarantin pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sementara penganjuran kejohanan dan perlawanan persahabatan mengikut model Gelembung Sukan terhad bagi saingan Liga-M tanpa kehadiran penonton.
Pada masa sama, penyertaan atlet dan pegawai tempatan ke kejohanan antarabangsa dengan sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga dibenarkan.
KBS dalam pada itu yakin keputusan ini adalah bersifat sementara dan sentiasa menyokong segala usaha yang dilakukan KKM demi membendung penularan wabak itu seterusnya melandaikan keluk jangkitan.
"Penilaian risiko oleh pihak berkuasa seperti KKM akan dibuat dari semasa ke semasa dan kebenaran bagi sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi untuk dibenarkan beroperasi semula adalah menjadi komitmen utama KBS," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) kekal seperti SOP sedia ada.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai SOP Sektor Sukan dan Rekreasi bagi kawasan PKP yang telah dikemas kini di portal MKN dan KBS yang akan dimuat naik dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
![PKP: Sektor, aktiviti sukan dan rekreasi digantung sementara PKP: Sektor, aktiviti sukan dan rekreasi digantung sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613309071_Aktivitibadminton.jpg)
KBS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/41487741001_BajauLaut.jpg)
Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM
Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan.
![MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700208968_TBRAJANUSHIRWANZ.jpg)
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
![45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan 45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679664351_BPARMIZANjpg.jpg)
45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan
Kebanyakan APM daerah di Sabah dan Sarawak terpaksa menumpang di premis lain dan ada yang terpaksa beroperasi dari rumah kakitangan APM.
![RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686803962_AmanatAnwarIbrahi.jpg)
RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
![Doakan yang baik-baik, hubungan kami makin rapat - Zulin Aziz Doakan yang baik-baik, hubungan kami makin rapat - Zulin Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683551547_ZulinAzizpelakon.jpg)
"Doakan yang baik-baik, hubungan kami makin rapat" - Zulin Aziz
Pelakon, Zulin Aziz enggan memanjangkan masalah isu rumah tangganya yang berlaku baru-baru ini.
![Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672141755_botnelayanasing.jpg)
Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan
Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.
![MPN cadang sistem bersepadu perkukuh jaringan keselamatan sosial MPN cadang sistem bersepadu perkukuh jaringan keselamatan sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665646927_MKN.jpg)
MPN cadang sistem bersepadu perkukuh jaringan keselamatan sosial
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan agar kerajaan untuk membangunkan sebuah sistem yang komprehensif dalam memudahcara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat.
![Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51448449357_cybercrime.jpg)
Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi
Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.
![Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652955339_Datakraf.jpg)
Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.
![Indeks Keselamatan Kebangsaan diperkenalkan hujung tahun ini Indeks Keselamatan Kebangsaan diperkenalkan hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638875203_DatukRodziMdSaad.jpg)
Indeks Keselamatan Kebangsaan diperkenalkan hujung tahun ini
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini.