Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan aktiviti sukan dan senaman berkumpulan tanpa kontak seperti larian, badminton, berbasikal dan golf, menjadi khabar gembira buat komuniti sukan.
Bagi atlet negara, keputusan ini adalah penting khususnya buat mereka yang dalam proses kelayakan ke temasya sukan utama seperti Sukan Olimpik, di samping mahu mengekalkan kecergasan untuk bertanding di kejohanan akan datang.
Atlet lompat kijang kebangsaan, Muhammad Hakimi Ismail menzahirkan rasa lega apabila dapat melakukan aktiviti luar selepas 'terperangkap' di dalam rumahnya di Seri Kembangan, sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.
"Selama ini saya memang membuat latihan di dalam rumah, tetapi mempunyai kekangan kerana tinggal di apartmen, ruang agak kecil selain takut bunyi bising lompatan akan mengganggu jiran.
"Agak rindu melakukan lompatan dengan teknik yang betul. Di rumah lebih kepada memperbaiki kemahiran, fleksibiliti otot dan menonton video lompatan.
"Kalau boleh selepas ini saya hendak berlatih di permukaan lembut seperti padang kerana dah lama berlatih di permukaan keras di rumah," kata atlet berusia 29 tahun itu, ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, Muhammad Hakimi yang memasang impian untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, sedar akan risiko virus COVID-19 apabila menjalani aktiviti bersukan nanti.
"Kita perlu lihat keadaan dulu, mungkin terlalu ramai akan keluar bersenam pada Isnin ini. Jadi, kita kena berhati-hati, pilih tempat yang sesuai dan tidak ramai orang bagi mengurangkan risiko jangkitan.
"Buat masa ini, belum ada sebarang makluman dari Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai bila ia akan dibuka.
"Saya rasa berlatih di MSN lebih baik kerana orang luar tidak boleh masuk dan ada jurulatih untuk pantau program latihan," kata pemegang rekod kebangsaan dengan lompatan sejauh 16.77 meter itu.
Muhammad Hakimi yang menggunakan duit sendiri untuk berguru dengan bekas atlet Perancis Teddy Tamgho yang juga pemegang rekod dunia dalam dewan 17.92m, bagaimanapun terpaksa menunggu hingga hujung tahun ini untuk memulakan pertandingan kelayakan ke Tokyo, selepas Olahraga Dunia (World Athletics) menangguhkan semua kejohanan kelayakan hingga Disember.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi catatan dalam akaun Twitter semalam mengarahkan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mengeluarkan garis panduan terperinci kepada atlet dan jurulatih sukan yang dibenarkan bagi mengembangkan skop dan program latihan sedia ada.
Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh berterima kasih kepada Perdana Menteri berikutan kelonggaran yang diberikan kepada komuniti sukan berbasikal.
Namun, katanya, kebenaran itu lebih ke arah aktiviti berbasikal rekreasi dan riadah, dengan mematuhi semua saranan yang dikemukan oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan jarakan sosial.
"Bagi latihan melibatkan atlet pula, lebih baik kepada mereka untuk berbasikal di luar, berbanding berbasikal dalam rumah.
"Namun, kami masih menanti SOP (prosedur operasi standard) daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN dan ISN sebelum mengambil sebarang keputusan untuk memulakan latihan atlet.
"Kebiasaannya, banyak pihak terlibat seperti pelumba, jurulatih, mekanik dan juru urut, jadi kita perlukan garis panduan dan amalan kebersihan yang tepat.
"Memandangkan aktiviti luar sahaja dibenarkan, bagaimana pula dengan latihan dalam velodrom," katanya.
Menurut Amarjit, beberapa persoalan juga timbul mengenai SOP untuk memulakan latihan namun mengambil kira bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya, 1 Jun adalah waktu terbaik untuk pelumba kembali menjalani latihan.
"Banyak persoalan juga timbul, seperti jika atlet perlu menjalani ujian saringan dan kuarantin sebelum kembali menjalani latihan, sebab itu kita perlukan SOP dan garis panduan yang betul untuk memulakan latihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Muhammad Hakimi menzahirkan rasa lega apabila dapat melakukan aktiviti luar selepas 'terperangkap' di dalam rumahnya sejak 18 Mac lalu ekoran PKP. - Bernama
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.
Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
84 maut dalam tempoh 24 jam, angka korban Gaza meningkat kepada 42,603
Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi dengan anggaran 10,000 mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Gaza.