KUALA LUMPUR: Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Meluncur Ais Malaysia (ISAM) yang kembali menjadi badan kawal selia sukan itu sejak bulan lepas, bagi menentukan hala tuju sukan berkenaan.
Menurut Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof, beliau juga sedia membantu ISAM untuk mengambil tindakan susulan bagi memastikan perjalanan sukan luncur ais negara tidak terjejas.
Beliau berkata perbincangan tersebut juga akan melibatkan badan kawal selia sukan berkenaan sebelum ini iaitu Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF).
"Kita akan menunggu masa sesuai untuk mengadakan perbincangan bagi menentukan kelancaran ISAM sebagai pengawal selia sukan luncur ais negara.
Sesi berkenaan juga akan membincangkan aspek laporan tahunan ISAM yang tertangguh sebelum ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung tindakan PJS dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan ISAM dikembalikan kedudukannya sebagai badan kawal selia sukan luncur ais negara ini, berkuat kuasa serta-merta selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Mei lepas.
Ibrahim berkata pihaknya masih belum menetapkan masa sesuai bagi mengadakan sesi perbincangan itu kerana mahu kesemua pihak terlibat mendalami sepenuhnya isu berkenaan terlebih dahulu.
Sehubungan itu, beliau berharap perbincangan akan berjalan dengan lancar seterusnya menyaksikan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Pada Januari 2019, media melaporkan kedudukan ISAM sebagai sekutu MOM ditamatkan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Pesuruhjaya Sukan membatalkan pendaftaran ISAM pada Mei 2018 atas dakwaan persatuan itu gagal menyerahkan laporan tahunan dari 2013 hingga 2018.
Pada Disember 2018, Pesuruhjaya Sukan juga mengesahkan Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) sebagai pengawal selia baharu sukan itu, memaksa ISAM membawa kes tersebut ke mahkamah pada Mac 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Menurut Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof, beliau sedia membantu ISAM untuk mengambil tindakan susulan bagi memastikan perjalanan sukan luncur ais negara tidak terjejas. - Gambar hiasan/Bernama
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
PJS sedia bantu ISAM corak hala tuju luncur ais negara
Tunggu masa sesuai untuk adakan perbincangan bagi menentukan kelancaran ISAM sebagai pengawal selia sukan luncur ais negara.
Fadzli sahut cabaran rebut kerusi panas ISAM
ISAM sepatutnya mengadakan AGM, Jun lalu, tetapi pemilihan terpaksa ditangguhkan atas faktor masalah laporan kewangan badan induk itu.