Jaringan hatrik pemain import, Tchetche Hermann Kipre memastikan Terengganu FC mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Negeri Sembilan, pada aksi ketiga Kumpulan A, di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mahammad Zain mengekalkan rekod tanpa kalah, untuk selesa mengungguli saingan kumpulan A dengan sembilan mata dan hanya memerlukan satu kemenangan dalam baki tiga aksi untuk mengesahkan tempat di peringkat suku akhir.
Kipre, penyerang kelahiran Ivory Coast itu meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-42, selepas kedua-dua pasukan buntu dalam usaha memburu gol pembukaan sejak permainan bermula.
Kerakusan memburu gol pemain berusia 31 tahun itu diteruskan pada babak kedua permainan, menerusi jaringan pada minit ke-56 dan 84', sekali gus melengkapkan hatrik peribadi dan menafikan semangat juang Negeri Sembilan yang berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-67 menerusi Igor Luiz.
Juara sebanyak empat kali, Pahang meneruskan momentum kemenangan selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah dalam aksi Kumpulan C di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol dijaringkan seawal minit kedua oleh penyerang sensasi Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi (minit ke-35), sudah cukup untuk memberi tiga mata berharga buat skuad Tok Gajah, meskipun tuan rumah cuba bangkit menerusi gol tunggal bekas penyerang kebangsaan Angola, Aguinaldo Mendes Veiga pada minit ke-54.
Pada masa sama, Perak gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila seri 1-1 ketika berhadapan Pulau Pinang dalam satu lagi aksi Kumpulan C di Stadium Perak, Ipoh.
Skuad kendalian Mehmet Durakovic itu, seakan ketandusan idea dalam memburu gol selepas gagal menemui jaringan kemenangan, selepas keputusan terikat 1-1 hasil jaringan Ronaldo Henrique Silva pada minit ke-11 sebelum, Anselmo Casagrande menyamakan kedudukan buat Pulau Pinang pada minit ke-63.
Dalam pada itu, Melaka merampas kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D daripada pencabar terdekat, Selangor, selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Felda United, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Dua gol menerusi penyerang S. Deevan pada minit ke-12 dan 62', selain satu gol disumbangkan Luka Milunovic pada minit ke-31, sudah memadai buat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan untuk menafikan jaringan lewat penyerang Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal pada minit ke-74, bagi mengutip tiga mata berharga di gelanggang lawan.
Melaka kini mengumpul enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan sementara Selangor yang kurang satu satu perlawanan mengutip empat mata di kedudukan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
![Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566096294_PialaMalaysia.jpg)
Pemain dan pengurusan Terengganu FC bergambar bersama jersi bernombor 29 milik penjaga gol utama Allahyarham Mohd Suffian Abd Rahman selepas pertemuan dengan pasukan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Piala Asia: China sekadar seri tanpa jaringan dengan Tajikistan Piala Asia: China sekadar seri tanpa jaringan dengan Tajikistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705210715_TBAsianCup.jpg)
Piala Asia: China sekadar seri tanpa jaringan dengan Tajikistan
China memulakan aksi Piala Asia 2023 dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Tajikistan untuk Kumpulan A.
![Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702309152_AaronChiaSohWooi.jpg)
Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China
Dua beregu negara dijangka berdepan tugas mencabar melepasi peringkat kumpulan pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2023 di Hangzhou, China bermula Rabu hingga Ahad ini.
![Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16 Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624244204_XherdanShaqiri.jpg)
Euro 2020: Gol berganda Shaqiri buka peluang Switzerland ke pusingan 16
Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan menerusi penyudahnya dari jarak 20 ela pada minit keenam.
![Euro 2020: Wales, Switzerland sama handal Euro 2020: Wales, Switzerland sama handal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623534081_KiefferMoore.jpg)
Euro 2020: Wales, Switzerland sama handal
Penyerang Cardiff City itu tersenarai semula dalam kesebelasan utama Wales untuk pertembungan berkenaan bagi membalas kembali kepercayaan pengurus sementara, Rob Page.
![PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622946611_menteripendidikan.jpg)
PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
![AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19 AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61583883378_PersekutuanHokiAsi.jpg)
AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.
![Keputusan memalukan, namun peluang tetap masih ada - Kim Swee Keputusan memalukan, namun peluang tetap masih ada - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51575069533_DatukOngKimSwee.jpg)
Keputusan memalukan, namun peluang tetap masih ada - Kim Swee
Ini meletakkan pasukan muda negara berada dalam tekanan kerana hanya dua pasukan teratas yang akan mara ke separuh akhir.
![TFC dedikasi kemenangan buat Mohd Suffian - Jurulatih sementara TFC dedikasi kemenangan buat Mohd Suffian - Jurulatih sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566097601_PialaMalaysia.jpg)
TFC dedikasi kemenangan buat Mohd Suffian - Jurulatih sementara
Jurulatih sementara TFC, Nafuzi Zain berkata pemergian mengejut pemain paling senior akibat serangan jantung pada pukul 1.10 tengah hari semalam itu amat dirasai seluruh pasukan.
![Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566096294_PialaMalaysia.jpg)
Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan
Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mahammad Zain mengekalkan rekod tanpa kalah, untuk selesa mengungguli saingan kumpulan A dengan sembilan mata.
![Hoki: Malaysian Tigress tewas 2-1 kepada Ireland Hoki: Malaysian Tigress tewas 2-1 kepada Ireland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513585768_HokiStick.jpg)
Hoki: Malaysian Tigress tewas 2-1 kepada Ireland
Biarpun gagal mengutip mata, pujian harus diberikan kepada skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kerana menampilkan aksi yang memberangsangkan.