KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sarawak United FC menjadi pasukan terkini mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2021 selepas berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam saingan kelima Kumpulan A malam tadi.
Gol tunggal oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021, Romel Oswaldo Morales, sudah cukup bagi membantu KL City FC merakam kemenangan ketiga selepas menumpaskan Penang FC 1-0, manakala jaringan minit akhir pemain gantian, Abdul Rahim Abdul Razak menjulang Sarawak United untuk menghampakan Sri Pahang FC dengan keputusan 2-1.
Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, menyaksikan jaringan penalti Romel yang juga merupakan gol kelapan peribadi pemain Colombia dalam Piala Malaysia 2021 itu hadir pada minit ke-37, selepas bola terkena tangan kapten pelawat Mohamad Azmi Muslim berpunca daripada umpanan sebelah kiri padang oleh pemain pertahanan tuan rumah Daniel Sang Ting.
Penang yang tampil dengan lebih bertenaga pada babak kedua berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew sedikit tersasar di sebelah kiri gawang tuan rumah pada minit ke-58.
Selang tujuh minit kemudian, penyerang Muhammad Fakrul Aiman Sidid gagal menyempurnakan peluang terhidang untuk menggandakan jaringan KL City, apabila tandukannya melambung tinggi dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.
Dalam pada itu, Sarawak United bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan dramatik ke atas Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, seterusnya meleburkan impian pasukan pantai timur itu untuk mara ke suku akhir.
Tandukan penyerang Kenjok Wal Athiu meletakkan Sri Pahang di depan pada minit ke-13 namun rembatan padu oleh penyerang import, Sandro Da Silva berjaya menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-31 sebelum Abdul Rahim muncul wira Sarawak United apabila mudah menolak masuk gol hantaran pemain import Uche Agba pada minit keempat masa kecederaan babak kedua.
KL City kini memimpin Kumpulan A dengan 11 mata diikuti Sarawak United di tangga kedua dengan 10 mata, Sri Pahang dengan enam mata dan Penang di kedudukan tercorot dengan satu mata.
Sementara itu, Terengganu FC meneruskan rentak cemerlang mereka apabila melakar kemenangan kelima berturut-turut selepas membenam Selangor FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi saingan Kumpulan B.
Tonggak serangan Terengganu Mohamad Faisal Abdul Halim membuka tirai jaringan pasukannya pada minit ke-14, diikuti dua gol oleh penyerang import, Jordan Mintah masing-masing pada minit ke-72 dan ke-90 manakala pemain gantian tuan rumah, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi memberikan gol sagu hati 'The Red Giants' pada minit ke-82.
Satu lagi aksi di Stadium Perak, Ipoh, menyaksikan Kuching City FC merakam kemenangan sulung saingan kali ini apabila menang tipis 1-0 ke atas tuan rumah Perak FC menerusi jaringan pemain tengah Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim pada minit ke-71.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

KL City kini memimpin Kumpulan A dengan 11 mata diikuti Sarawak United di tangga kedua dengan 10 mata, Sri Pahang dengan enam mata. - Foto Facebook Malaysian Football League
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.

Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.