IPOH: Peluang Perak FC untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia tahun ini masih belum tertutup.
Senarai penuh pasukan yang akan bersaing hanya dijangka diketahui Rabu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, setakat ini, mereka belum mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara tersebut.
“Kami masih belum dapat apa-apa pengesahan mengenai play-off dan sebagainya tetapi melihat senario pelesenan kelab yang telah disyaratkan oleh MFL (Liga Bolasepak Malaysia) kami telah lulus dari semua segi.
“Kita tahu ada beberapa team yang gagal untuk memenuhi keperluan pelesenan,” katanya pada sidang media di Stadium Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Ketua Jurulatih baharu, Lim Teong Kim.
Menurut Bobie Farid, Perak FC masih ada peluang untuk ke Piala Malaysia disebabkan terdapat dua pasukan yang diberi amaran oleh MFL untuk menyelesaikan masalah dihadapi.
“Jika mereka tidak menyelesaikan masalah dihadapi, pasukan yang masuk ke Piala Malaysia ialah Pulau Pinang dan Perak,” ujarnya.
Sementara itu, Teong Kim berkata, beliau belum membuat keputusan mengenai pemain yang akan dikekalkan untuk musim 2023.
Beliau mengakui, Perak mempunyai ramai pemain muda tempatan yang berbakat yang boleh diketengahkan.
“Falsafah kita adalah memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan tetapi kita perlu juga bantuan daripada pemain-pemain luar negara kerana menjadi sebagai ‘someone to hold the team’.
“Tapi ramai pemain muda akan diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka, ini falsafah kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Azim berkata, pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan masalah tunggakan gaji tidak akan berulang.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Sep 17 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, setakat ini, mereka belum mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara tersebut. - Facebook
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Aliff Izwan wira Selangor atasi Kedah di Alor Setar
Skuad Gergasi Merah tampil dengan aksi bertenaga tetapi menerima tentangan sengit pasukan tuan rumah.
Liga Super: Kuching City kembali temui rentak kemenangan, Terengganu ikat Perak
Biarpun 'tempang' tanpa dua pemain selepas kad merah dilayangkan, ia tidak menjejaskan usaha Kuching City mengutip tiga mata berharga.
Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.
Perak jadikan Sri Pahang mangsa seterusnya, gol terpantas Fernandez julang Selangor
Perak FC membuka tirai jaringan menerusi tandukan Luciano Guaycochea pada minit ke-43 berpunca sepakan sudut diambil Tommy Mawat Bada.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu
Seramai lapan individu termasuk remaja diberkas dalam insiden pergaduhan membabitkan penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak di sini pada Sabtu.
Liga Super: Perlawanan Perak FC-JDT tunda akibat faktor cuaca
Tarikh baharu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan akan diumumkan kelak.