Kebanyakannya mengimbas kembali bagaimana pemain-pemain senior hari ini juga majoritinya bermula hebat di peringkat remaja. Namun entah di mana silapnya, prestasi mereka menurun sebaik diserap ke skuad utama kebangsaan.
Bimbang situasi itu berulang, netizen membanjiri laman sosial dengan nasihat yang diharap dapat membantu membentuk laluan yang betul untuk mereka.
Antara reaksi di laman Facebook.
Antara nasihat yang paling popular adalah meminta agar pasukan ini dikekalkan dan tidak dibubarkan untuk bermain dengan kelab atau negeri.
Netizen percaya skuad muda ini perlu diberi pendedahan dan pengalaman sebanyak mungkin di luar negara untuk memastikan skuad itu dapat membina prospek karier yang lebih baik.
Mereka juga meminta agar setiap pemain dalam skuad ini dididik untuk tahu meletakkan keutamaan di tempat yang betul.
Dalam masa yang sama, netizen juga berharap anak-anak muda dibekalkan dengan didikan agama agar tidak tersasar dari landasan.
Iber Cup ialah merupakan kejohanan bola sepak peringkat belia paling berprestij di dunia. Ia disertai skuad bawah 13 tahun negara dalam siri jelajah Eropah.