Enggan dihantui kekalahan ketika menentang Kedah sebelum ini, pengendali Melaka United, Eric Williams menggesa semua pemainnya memberi sepenuh tumpuan pada pertemuan menentang Pahang dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok.
Williams berkata beliau mahu anak didiknya memandang ke hadapan dengan memberikan aksi terbaik bagi mencipta kemenangan.
"Semua pemain perlu kekal fokus dan saya yakin kita boleh dapatkan satu keputusan positif, seterusnya menebus kekalahan ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super bulan lepas.
"Justeru semua pemain perlu tahu tugas masing-masing dan mendengar arahan (jurulatih) bagi mencari keputusan cemerlang," katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Hang Tuah di sini malam tadi.
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengetuai kemaraan 14 pasukan ke pusingan ketiga Piala FA selepas berakhirnya perlawanan pusingan kedua pada 14 Feb lepas.
Sementara itu Williams berkata pemainnya tidak berada pada tahap kecergasan yang tinggi ekoran jadual perlawanan yang padat.
"Jadual perlawanan yang padat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan apabila ada pemain yang mengalami kecederaan. Kapten yang juga penyerang utama, Ilija Spasojevic dan pertahanan import dari Korea Selatan, Jeon Woo-young belum pasti sama ada dapat diturunkan," katanya.
Beliau berkata Melaka United perlu kembali bangkit dengan mempertingkatkan kualiti permainan dan beraksi lebih cemerlang untuk mencipta kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan dalam Piala FA musim ini.
Melaka United diramal menghadapi saingan getir pada aksi menentang Pahang nanti.
Sementara itu ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata kemenangan ke atas Melaka United mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2017
Eric Williams menggesa semua pemainnya memberi sepenuh tumpuan pada pertemuan menentang Pahang dalam saingan Piala FA esok. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik
Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
MUSA akan pastikan Melaka United dapat guna logo baharunya secara sah
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan berusaha, termasuk melalui saluran undang-undang, untuk memastikan logo baharu Melaka United yang dilancarkannya Sabtu lalu, dapat digunakan.
Selesaikan kemelut kewangan MUSA antara fokus Presiden baharu
Kaedah itu turut diguna pakai pada semua peringkat lain termasuk Piala Presiden dan sebagainya supaya kemelut kewangan tidak berlaku lagi dan memastikan kebajikan semua pemain dapat dijaga.
Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United
Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu, bagi membimbing pasukan Melaka United mengharungi musim 2019.
Aksi Melaka-Perak berlangsung tanpa kehadiran penyokong
Keputusan daripada FAM itu ekoran insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Perak FA pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.
Persiapan Melaka United pada tahap 99 peratus
Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini.
Usah terlalu gopoh dalam Liga Super - Amri Yahyah
Amri Yahyah mahu skuad Melaka United tampil lebih tenang untuk menghadapi cabaran Liga Super 2017 kerana ada yang masih kurang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi itu.