KUALA LUMPUR: Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), menepati ramalan melangkah mudah ke peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas menumpaskan Sarawak United 3-0 malam ini.
Pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, pemain JDT Fernando Forestieri menjadi watak penting apabila menjaringkan dua gol buat pasukan kendalian Benjamin Mora.
Babak pertama perlawanan, JDT membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi sepakan percuma pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.
Penguasaan JDT diteruskan selepas Forestieri memutlakkan kemenangan pasukan menerusi jaringan pada minit ke-15 serta ke-43 perlawanan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup.
Sri Pahang FC turut sama melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan Skuad Projek FAM-MSN 3-0 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pasukan tuan rumah membuka jaringan gol menerusi tandukan Mahmoud Za'tara selepas menerima hantaran Abdul Malik Ariff seawal minit keenam.
Za'tara sekali lagi menggegar gawang skuad Projek FAM-MSN dengan menanduk masuk bola hantaran Manuel Hidalgo pada minit ke-28.
Sri Pahang terus mengukuhkan kedudukan selepas tendangan kencang Shah Nizam Nadzir menembusi gawang pasukan lawan pada minit ke-89.
Pertembungan pasukan tercorot Liga Perdana, Perak FC serta Liga Super, Penang FC berkesudahan dengan keputusan 1-4 dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh.
Gol Penang FC diperoleh menerusi Hilal El-Helwe pada minit kedua sebelum pemain Perak Muhammad Aiman Khairul Yusni tertampan gol sendiri pada minit ke-29 manakala Perak memperoleh gol tunggal pada minit ke-69 menerusi Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan namun Penang menambah dua jaringan gol masing-masing pada masa kecederaan hasil jaringan Hilal dan Muhammad Adib Abdul Ra'op.
Satu lagi aksi pusingan kedua Piala FA, Melaka United turut mara ke suku akhir selepas menang tipis 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Gol Melaka United disumbang Sony Norde pada minit ke-11 serta Adriano Narcizo pada minit ke-55 sementara PJ City memperoleh gol menerusi jaringan Darren Lok pada minit ke-50.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Pemain JDT Fernando Martin Forestieri meraikan gol kedua ketika menentang Sarawak United FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.