Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu masih belum bermain seminit pun di Qatar, di mana England mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 terakhir selepas kemenangan 3-0 ke atas Wales Selasa lalu memastikan mereka mengungguli Kumpulan B.
White - yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal musim ini - tidak mungkin kembali ke Qatar sebelum kejohanan berakhir.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak semalam berbunyi, "Ben White telah meninggalkan pangkalan latihan England di Al-Wakrah dan pulang ke tanah air atas sebab peribadi.
“Pemain pertahanan Arsenal itu dijangka tidak akan kembali menyertai skuad untuk baki kejohanan.
"Kami meminta privasi pemain dihormati pada masa ini."
Three Lions kendalian Gareth Southgate akan berdepan Senegal dalam perlawanan pusingan 16 terakhir di Stadium Al Bayt pada Ahad.