Argentina bergelut untuk menang 2-0 dalam pertandingan Kumpulan C semalam untuk mengelak penyingkiran awal dari Qatar 2022 dan mengekalkan harapan mereka untuk mara ke peringkat berikutnya.
Messi berjaya membuka jaringan menerusi percubaan daripada luar kotak penalti pada minit ke-64, sebelum melakukan lorongan buat jaringan Enzo Fernandez.
Gol tersebut merupakan jaringan keempat Messi di Piala Dunia daripada luar kotak penalti -- hanya bekas penyerang Brazil, Rivellino (lima), yang boleh mencatatkan lebih banyak sejak 1966.
Dia juga kini telah menjaringkan gol dalam enam penampilan berturut-turut untuk Argentina, catatan gol terpanjang bersama skuad kebangsaan, dan Martinez memberikan pujian untuk rakan sepasukannya itu.
“Kami mengetahui bahawa sekiranya kekalahan hari ini kami akan terkeluar daripada Piala Dunia, dan Mexico menjadikan perlawanan itu amat sukar untuk kami,” katanya.
"Tetapi apabila anda mempunyai Messi dalam pasukan anda segala-galanya sentiasa lebih mudah. Kami tidak pernah mempunyai sebarang keraguan diri, tetapi ini adalah hari yang sukar. Kami telah menunjukkan bahawa kami berada di sini untuk menang." - Stadium Astro