KUALA LUMPUR: Dua penembak kebangsaan, Johnathan Wong Guanjie dan Nurul Syasya Nadiah Mohd Arrifin gagal mempamerkan aksi terbaik mereka apabila masing-masing terkandas seawal pusingan kelayakan acara 10 meter (m) air pistol lelaki dan wanita pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Indonesia, semalam.
Menerusi laman sesawang kejohanan, issf-sports.org, pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam, Johnathan Wong didapati menamatkan cabaran di kedudukan ke-16 selepas hanya mengumpul 570 mata, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk mara ke pusingan ranking.
Pada aksi final 10m air pistol lelaki yang berlangsung di Jakarta itu, Mukhammad Kamalov dari Uzbekistan berjaya membidik emas manakala penembak Turkiye Ismail Keles merangkul perak diikuti penembak tuan rumah, Muhamad Iqbal Raia Prabowo di tempat ketiga.
Turut mengalami nasib sama adalah pemenang empat pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Nurul Syasya Nadiah yang sekadar menduduki tangga ke-14 selepas hanya melakukan bidikan 569 mata.
Penembak Korea Selatan Oh Ye Jin mengungguli acara 10m air pistol wanita, manakala Slyvia Steiner dari Austria di tempat kedua manakala pingat gangsa milik atlet Taiwan Liu Heng Yu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Penembak kebangsaan terkandas seawal pusingan kelayakan acara 10m air pistol lelaki dan wanita pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Jakarta pada Ahad. - Gambar fail/BERNAMA
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Piala Dunia Menembak: Gandingan negara terkandas di pusingan kelayakan
Johnathan dan Nurul Syasya Nadiah sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 18 pasukan dengan catatan 564 mata.
Piala Dunia: Johnathan, Nurul Syasya Nadia terkandas di pusingan kelayakan
Johnathan Wong menamatkan cabaran di kedudukan ke-16 selepas mengumpul 570 mata, Nurul Syasya Nadiah tangga ke-14 dengan 569 mata.