Skuad Bawah 15 Tahun Malaysia akan menjadikan saingan bola sepak Piala Antarabangsa Frenz yang bermula esok, sebagai medan bagi menguji kemampuan mereka sebelum menghadapi kelayakan Kejohanan Bawah 16 Tahun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Februari depan.
Tanpa meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan sulung Piala Antarabangsa Frenz itu kerana pemainnya dihimpun dalam masa yang singkat, jurulatih S. Balachandran berharap anak buahnya dapat mempamerkan prestasi terbaik pada kejohanan tersebut.
"Kita akan menjadikan kejohanan ini sebagai medan latihan menjelang kelayakan kejohanan itu nanti," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian kejohanan Piala Antarabangsa Frenz di Kuala Lumpur pada Khamis oleh Presiden Frenz United FC, Datuk Noor Ihsan A. Hamid.
Skuad bawah 15 Tahun Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Frenz United Malaysia, Pilihan Incheon dan Slavia Praha dari Republik Czech.
Selain itu, Kumpulan B terdiri daripada Frenz United Indonesia, Chonburi FC, Bawah 15 Tahun Slovakia dan Persepolis dari Iran.
Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz itu akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Stadium Shah Alam dan Stadium Institut Penilaian Negara (Inspen) di Bangi dari 28 Dis hingga 6 Jan depan.
Pertandingan Bawah 15 Tahun itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$103,000 (RM320,000).
Pasukan bawah 15 tahun Malaysia akan bertemu Slavia Praha dalam aksi pembukaan di Stadium MPPJ pada pukul 5.30 petang Jumaat.
Bernama
Thu Dec 27 2012
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022 Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599751145_AFC.jpg)
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
![Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/61541462605_SubkhiddinMohdSall.jpg)
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
![FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595781597_KFA.jpg)
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
![Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553443196_malaysialaos.jpg)
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
![Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590719178_TBTANCHENGHOEx.jpg)
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
![Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569668046_KFA.jpg)
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
![Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544889072_DATUKHAMIDINMOHDA.jpg)
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
![Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494246789_ShaikhSalmanEbrahi.jpg)
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
![FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017 FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Bola Sepak Malaysia 2015/170815bola1.jpg)
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
![FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381240893_295x200.jpg)
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.