Tonggak utama Penang, Syamer Kutty, telah mengumpul 38 kaps sepanjang bersama skuad senior negara dan telah menjaringkan dua gol sejak 2017.
Manakala, kehadiran pemain pengalaman Dominic Tan - 33 kaps - di benteng pertahanan bersama Syafiq Ahmad - 41 kaps dan 10 jaringan - semestinya akan menjadi gabungan terbaik buat skuad negara dalam memberikan cabaran di kejohanan dwitahunan itu nanti.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara kejohanan itu adalah pada edisi 2010 ketika di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal selepas menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 dengan Safiq Rahim merupakan kapten pasukan ketika itu. - Stadium Astro