KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan boleh menarik nafas lega apabila tiga daripada empat pemain yang diuji positif COVID-19, dibenar kembali menyertai pasukan menjelang aksi terakhir saingan Kumpulan B Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.
Tiga pemain itu adalah penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid, Muhammad Faisal Abdul Halim (pemain sayap) dan pemain pertahanan Quentin Cheng yang mendapat surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Singapura, semalam.
Pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata Muhammad Khairulazhan dan Muhammad Faisal masing-masing selesai menjalani tempoh 10 hari perintah pengasingan, manakala Quentin diberi pelepasan awal berdasarkan keputusan ujian saringan PCR dijalankan.
"Ketiga-tiga pemain ini telah memulakan aktiviti bersama pasukan dengan aktiviti pertama ialah di gimnasium, memandangkan hari ini merupakan hari 'recovery' selepas kita beraksi menentang Vietnam, malam tadi.
"Namun, seorang lagi pemain yang diuji positif COVID-19 sebelum ini iaitu Akhyar Rashid masih perlu melengkapkan tempoh 10 hari perintah pengasingan, dan hanya akan kembali menyertai pasukan selepas tamat tempoh itu," katanya dalam kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Sebelum ini, perjalanan skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF 2020 terjejas apabila empat pemain disahkan positif COVID-19 yang menyaksikan Cheng Hoe hanya mempunyai baki 19 pemain untuk mengharungi kempen kejuaraan itu.
Sementara itu, Cheng Hoe mengesahkan ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad yang terpaksa dibawa keluar ketika menentang Vietnam semalam, mengalami kecederaan hamstring.
Pengendali berusia 53 tahun itu berkata pasukan perubatan akan terus memantau tahap kecederaan kedua-dua pemain itu, sebelum membuat penilaian terhadap peluang mereka untuk diturunkan pada aksi terakhir kumpulan menentang Indonesia, di Stadium Nasional Singapura 19 Dis ini.
"Bagi posisi pertahanan tengah ini, kita masih memiliki Dominic Tan yang bebas daripada sebarang kecederaan manakala Junior Eldstal masih dalam proses pemulihan kecederaan otot di bahagian abdomen.
"Namun, kita bakal memiliki Dion Cools yang dijangka tiba di Singapura pada Khamis ini untuk mengisi posisi pertahanan tengah, andai Aidil dan Shahrul tidak sempat pulih menjelang perlawanan Ahad nanti," kata Cheng Hoe.
Selepas tiga aksi, skuad kebangsaan kini di kedudukan ketiga, berkongsi enam mata bersama Indonesia dan Vietnam yang bermain kurang satu perlawanan, manakala Kemboja dan Laos masing-masing di tempat tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021

Tiga pemain itu adalah Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid, Muhammad Faisal Abdul Halim dan Quentin Cheng yang mendapat surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Singapura, semalam. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.