Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee sedia bertanggungjawab di atas kegagalan skuad itu melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.
Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak, Kim Swee menjelaskan kekalahan itu sukar diterima memandangkan beliau meletakkan sasaran awal kepada skuad kendaliannya untuk mengulangi pencapaian mara ke final sebagaimana dicapai pada 2014.
Malaysia gagal ke separuh akhir setelah kalah 0-1 kepada tuan rumah bersama, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam ini, sekali gus menamatkan aksi peringkat awal di tangga ketiga di belakang Vietnam dan Myanmar.
"Apabila kita menyertai kejohanan ini, saya sudah katakan kepada para pemain untuk membuat kejutan walaupun sedar ia sukar...apa yang saya boleh harapkan daripada pemain kerana mereka sudah beri setakat yang termampu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.
Ditanya masa depannya selaku pengendali kebangsaan, Kim Swee menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandangkan kontraknya selama dua tahun bersama badan induk itu akan berakhir pada penghujung Disember 2017.
Dalam pada itu, Kim Swee mempersoalkan tindakan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang menggunakan khidmat pengadil dari Oman, Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah untuk mengadili perlawanan malam ini walaupun pernah membuat beberapa keputusan kontroversi sewaktu Malaysia menewaskan Kemboja 3-2 pada aksi pembukaaan kejohanan, 20 November lepas.
"Saya tidak faham kenapa pengadil yang sama mengadili perlawanan malam ini dan beberapa insiden sama yang berlaku pada 20 November lepas hampir berlaku pada hari ini...saya bukan memberi alasan (di atas kekalahan ini) tetapi ia merupakan satu persoalan (yang harus dijawab)," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan penyerang veteran negara, Mohd Safee Mohd Sali yang kecewa kerana gagal membantu skuad kebangsaan melayakkan diri ke separuh akhir walaupun rakan sepasukan sudah memberikan persembahan bertenaga pada aksi malam ini.
"Memang kecewalah sebab kita gagal ke separuh akhir namun saya berbangga dengan komitmen rakan sepasukan pada hari ini," katanya yang pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) pada edisi 2010 ketika membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat julung kalinya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Myanmar, Gerd Zeise melahirkan kegembiraan dengan kemenangan malam ini yang mengakhiri penantian 12 tahun pasukannya untuk mara ke separuh akhir kejohanan dwitahun itu sejak 2004.
"Saya gembira dengan kejayaan ini terutama kepada negara dan penyokongnya yang memberikan sokongan hebat kepada pasukan ini di peringkat kumpulan dan ianya bagus untuk menyaksikan pasukan ini mara ke separuh akhir," katanya.
Jurulatih kelahiran Jerman itu juga meletakkan harapan yang tinggi pada pemain mudanya untuk mempamerkan permainan hebat menentang juara bertahan, Thailand apabila kedua pasukan bertemu di separuh akhir yang menggunakan format timbal balik pada 4 dan 8 Disember ini.
Satu lagi perlawanan separuh akhir menemukan juara kumpulan A, Vietnam dan Indonesia yang menggunakan format timbal balik pada 3 dan 7 Disember ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2016
Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak, Kim Swee menjelaskan kekalahan itu sukar diterima.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Tiada lantikan ketua jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Sabah FC teruskan rentak kemenangan, tewaskan Kelantan 4-1
Kemenangan dimulakan dengan jaringan Joao Pedro menerusi tandukan hasil hantaran lintang daripada Stuart Wilkin pada minit ke-17.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.
Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak
Kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan.
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.