Skuad negara tewas 1-0 kepada Myanmar dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Thuwunna malam ini, sekaligus tersingkir daripada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016.
Ini kali pertama Malaysia gagal ke separuh akhir sejak 2008.
Beraksi di hadapan kira-kira 40,000 penyokong tuan rumah, skuad negara yang turun dengan misi wajib menang, menampilkan Norshahrul Idlan Talaha dan Nazirul Naim Che Hashim buat kali pertama dalam kesebelasan utama.
Skuad negara bermula positif apabila hampir menerjah gawang Myanmar pada minit keenam, namun percubaan Ahmad Hazwan Bakri dinafikan tiang gol.
Selang lima minit kemudian, Myanmar dihadiahkan sepakan penalti setelah Hazwan mengasari Zaw Min Tun, namun peluang itu gagal dimanfaatkan Aung Thu apabila sepakannya berjaya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.
Gawang Harimau Malaysia nyaris dibolosi ketika dua minit menuju rehat, mujur sepakan percuma Aung Thu sekadar menggegar palang untuk kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
Terdesak memburu jaringan, skuad negara membuat percaturan berani mati pada minit ke-75 dengan mengeluarkan Shahrom Kalam dan Safee Sali dimasukkan untuk menguatkan jentera serangan.
Percaturan itu, bagaimanapun, memakan diri apabila skuad negara dibolosi pada minit ke-88 hasil jaringan David Htan yang bijak memperdayakan benteng negara sebelum menewaskan Khairul Fahmi dengan sepakan rendah ke penjuru kiri penjaga gol itu.
Jelas, gol itu menyentap semangat pemain negara untuk bangkit dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat permainan, sekaligus membawa Myanmar ke separuh akhir bertemu Thailand.
"Malam ini, kami bukan sahaja berdepan dengan 11 pemain Myanmar tapi juga dari segenap perkara termasuk pegawai perlawanan (Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah dari Oman).
"Tapi pada akhirnya, keputusan perlawanan yang akan diambil kira.
"Saya tidak pasti mengapa pengadil yang sama ditugaskan untuk tiga perlawanan kami," kata pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee.
Dalam pada itu, Vietnam meneruskan momentum kemenangan mereka dengan menundukkan Kemboja 2-1 untuk bertemu Indonesia dalam separuh akhir pada 3 dan 7 Disember depan.
Astro Arena
Sat Nov 26 2016
Penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha (tengah) dihalang pemain pertahanan Myanmar dalam aksi kumpulan B antara Malaysia melawan Myanmar. - Foto BERNAMA
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Piala Asia: Australia jinak India 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B
Kapten Australia, Mathew Ryan, berasa lega dengan tiga mata selepas perlawanan sengit itu.
BAMTC: Tewas pada India, Malaysia naib juara Kumpulan B
Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke suku akhir manakala empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman.
Harimau Malaya sedia benam Myanmar
Harimau Malaya melaungkan amaran sudah bersedia untuk menumbangkan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022.
Sukan SEA: Singapura sekat hajat anak buah Maloney tempah slot separuh akhir lebih awal
Malaysia terlepas peluang muncul pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, selepas seri 2-2 menentang 'musuh' tradisi Singapura.
Piala AFF: Perjuangan Malaysia berakhir di tangan Garuda
Malaysia ditunjukkan jalan keluar daripada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas tewas 1-4 di tangan Indonesia.
Jelajah Akhir BWF: Zii Jia bersedia, bebas kecederaan
Zii Jia berkata, dia sedia untuk kembali bangkit pada kejohanan tersebut setelah mendapat kelebihan apabila diundi dalam Kumpulan B.
Piala AFF: Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia
Skuad bola sepak negara, Harimau Malaya bakal berhadapan cabaran hebat dalam kejohanan Piala AFF 2020 apabila diundi bersama juara bertahan Vietnam dan saingan utama Indonesia dalam Kumpulan B.
Euro 2020: Lukaku pastikan Belgium rajai Kumpulan B
Penjaga gol Finland, Lukas Hradecky, merupakan pemain terbaik dalam perlawanan di Saint Petersburg itu sebelum dia terjaringkan gol sendiri pada minit ke-74.
Euro 2020: Kemenangan Rusia buat Kumpulan B kembali seimbang
Penyudah luar biasa Aleksei Miranchuk memastikan pasukan bimbingan Stanislav Cherchesov itu bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Belgium.