PETALING JAYA: Menjelang kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura awal bulan depan, persiapan skuad kebangsaan berada pada tahap terbaik biarpun sesi latihan penuh pasukan masih belum dapat dijalankan.
Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe berkata pasukan masih memberikan fokus kepada latihan kecergasan dalam kelompok kecil dan akan mula mempraktikkan aspek taktikal permainan sebaik rata-rata pemain dapat dikumpulkan Rabu ini, sehari selepas final Piala Malaysia.
Justeru, beliau mengharapkan anak buahnya termasuk baki pemain yang menyertai kemudian dapat mengekalkan tahap kecergasan selain bebas daripada kecederaan bagi mengelakkan sebarang masalah di saat-saat akhir yang dikhuatiri mampu menjejaskan pasukan.
"Sudah tentu kita harapkan pemain-pemain berada dalam situasi terbaik kerana kita sudah kesuntukan masa. Saya mengharapkan pemain-pemain bebas kecederaan dan bersedia untuk aksi pertama menentang Kemboja pada 6 Dis.
"Kita tak boleh kata pemain berada pada tahap 50 peratus kerana setiap hari mereka menunjukkan prestasi terbaik dan yang penting setiap pemain yang datang mempunyai satu impian dan juga semangat untuk memberi sesuatu kepada skuad kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pertama kem latihan pusat Fasa 2 skuad Harimau Malaya di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, semalam.
Ketika ini, 15 daripada 28 pemain disenaraikan telah melapor diri, namun penyerang Petaling Jaya City FC Darren Lok terpaksa digugurkan daripada skuad ke Singapura susulan kecederaan otot perut yang dialami semasa sesi latihan Fasa 1 yang bermula Isnin lepas.
"Atas nasihat pasukan perubatan, beliau tidak dapat bersama dengan skuad kebangsaan. Ini berita yang sedih sebab selama ini beliau tunjukkan prestasi terbaik," kata Cheng Hoe.
Pada masa sama, pengendali berusia 53 tahun itu memaklumkan pemain Terengganu FC (TFC) Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar yang dijadualkan melapor diri semalam diberi pelepasan sehari selepas mengadu tidak sihat.
Skuad kendalian Cheng Hoe kini menanti tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan dua pemain Kuala Lumpur City FC yang terlibat dengan aksi final Piala Malaysia 2021, sebelum 24 pemain termasuk empat lagi pemain berpangkalan di luar negara yang berada dalam senarai, akan dipilih membawa cabaran di Singapura.
Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.
Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja, diikuti Laos (9 Dis), Vietnam (12 Dis) dan Indonesia pada 19 Dis dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
CHENG HOE: Setiap hari mereka menunjukkan prestasi terbaik dan setiap pemain yang datang mempunyai satu impian dan semangat untuk memberi sesuatu kepada skuad kebangsaan. - Foto Facebook Football Association of Malaysia
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.