KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi, sebagai antara persembahan terbaik anak buahnya.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata beliau gembira melihat skuad kendaliannya berjaya menampilkan potensi mereka ketika membenam skuad Singa sekali gus mengesahkan slot separuh akhir kejohanan itu di hadapan 65,147 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini.
"Kita boleh lihat semangat mereka (pemain Harimau Malaya). Mereka telah memberi kesungguhan di atas padang, menunjukkan semangat berpasukan yang hebat dan menyajikan perlawanan yang baik kepada peminat malam ini, itu adalah yang paling mengagumkan," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.
Katanya, kemenangan tersebut membuktikan bahawa semua kerja keras mereka sejak lima minggu lalu telah membuahkan hasil kerana mereka masih 'hidup' dalam kejohanan yang dipanggil 'Piala Dunia ASEAN' itu.
Bukan itu sahaja, Pan Gon berkata, beliau gembira melihat pemainnya dapat mengembalikan semula momentum selepas kekalahan kontroversi 0-3 menentang Vietnam, minggu lalu.
"Saya rasa pemain berada di bawah tekanan yang besar (sebelum perlawanan Singapura) kerana mereka perlu beraksi untuk meyakinkan diri mereka sendiri...Saya menggalakkan pemain untuk menikmati suasana perlawanan ini tetapi esok kita mula semula," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, mengakui beliau kecewa dengan keputusan itu selepas gagal membawa pasukan bimbingannya untuk mara ke separuh akhir.
"Ini satu keadaan yang sukar untuk bermain di sini tetapi terdapat banyak ruang untuk diperbaiki memandang terdapatnya potensi untuk meningkat lebih jauh. Bagaimanapun, tahniah Malaysia dan saya ucapkan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya," katanya.
Selaku naib juara Kumpulan B, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A, Thailand, pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu ini dan di Bangkok pada Selasa depan.
Dalam satu lagi saingan separuh akhir, Vietnam, yang menewaskan Myanmar 3-0 pada perlawanan terakhir kumpulan B di Hanoi, malam tadi, muncul juara kumpulan dan akan bertemu naib juara Kumpulan A, Indonesia, Jumaat ini dan Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023
Pasukan kebangsaan meraikan kemenangan bersama 'Ultras Malaya' selepas berjaya menewaskan pasukan Singapura pada perlawanan Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.