Syarikat minyak nasional, Petronas bersetuju untuk melanjutkan perjanjian perkongsian jangka panjang dengan pasukan Formula Satu (F1), Mercedes AMG.
Perjanjian baharu itu diumumkan semasa majlis pemeteraian di Monaco F1 Grand Prix yang dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler AG dan Ketua Mercedes-Benz Cars, Dr Dieter Zetsche dan juga Ketua Mercedes-Benz Motorsport, Toto Wolff.
Shamsul Azhar berkata syarikat itu berasa amat berbanggsa untuk meneruskan kerjasama dengan syarikat pembuat kereta dari Jerman itu, baik di litar mahupun sebagai rakan perniagaan.
"Pasukan teknikal kami bekerjasama untuk memberikan tahap prestasi yang kami nikmati pada musim ini dalam F1 dan ia menunjukkan bahawa kami membangunkan dan menghasilkan produk bertaraf dunia secara bersama - di litar dan di jalan raya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak
Petronas Motorsports, hari ini.
Zetsche mengutarakan pandangan yang sama seperti Shamsul Azhar sambil berkata kejayaan pasukan itu musim ini adalah hasil kerja keras dan perkongsian cemerlang dengan Petronas.
"Kami menyimpan hasrat yang sama untuk inovasi dan yang penting, keazaman untuk menang. Kami lebih kuat dengan jalinan kerjasama dan ia akan berkekalan.” kata beliau.
Wolff yang mengulangi sentimen Zetsche menyifatkan perkongsian antara kedua-dua syarikat dijalin sejak 2010 adalah berdasarkan nilai perkongsian sebenar - kepercayaan, kejujuran dan cita-cita bersama.
Beliau berkata dalam tempoh itu, Petronas telah menjadi syarikat minyak paling terkemuka dalam F1 dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membangunkan kerjasama bertaraf dunia dalam Fluid Technology Solutions yang memberi kelebihan di litar pada 2014.
"Hasilnya ialah perkongsian pada setiap tahap. Oleh itu, ia merupakan detik yang membanggakan untuk melanjutkan lagi perjanjian dan membuka jalan ke arah perkongsian sedekad antara Mercedes-Benz dan Petronas," kata beliau.
Bernama
Sun May 25 2014
Petronas lanjut perkongsian dengan pasukan F1 Mercedes AMG
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Kebakaran hutan: Brazil berdepan kekurangan sumber
Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.
Taufan Yagi: Tindakan balas kemanusiaan antarabangsa diperlukan di Myanmar
Negara jiran Myanmar mesti mengetepikan politik dan membuka sempadan mereka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan antarabangsa kepada rakyat negara itu melalui pihak berkuasa penentangan dan rangkaian masyarakat sivil.
MAIWP persiap pelajar asnaf dengan akademik, sahsiah terpuji
Program AMG MAIWP-YASA memfokuskan kepada aspek akademik dan pembentukan interpersonal pelajar asnaf.
Safety Car AMG GT S sudah bekerja keras
Kereta ini sudahpun dipanggil kerja ketika kedua-dua perlumbaan pertama 2015
Petronas terbaik dalam F1 - Hamilton, Rosberg
Hamilton berkata beliau menjangka perlumbaan pusingan kedua sengit pada Petronas Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.
Petronas lanjut perkongsian dengan pasukan F1 Mercedes AMG
Petronas bersetuju untuk melanjutkan perjanjian perkongsian jangka panjang dengan pasukan Formula Satu (F1), Mercedes AMG.