Petinju profesional negara Muhamad Farkhan Haron yang menjuarai Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight di Singapura Sabtu lalu, akan menjalani latihan di Kelab Tinju Mayweather di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beliau berkata latihan selama dua tahun itu adalah atas tajaan penuh daripada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan melibatkan kos kira-kira RM4 juta.
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, katanya sehubungan itu beliau tidak bercadang bertanding di peringkat kejuaraan dunia dalam tempoh dua tahun ini.
"Untuk kejuaraan dunia, saya rasa bukan dalam waktu terdekat kerana saya belum cukup yakin terhadap kebolehan diri ... dalam tempoh itu saya akan tumpukan perhatian terhadap latihan di sebuah kelab tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat," katanya.
Katanya beliau akan bertolak ke negara itu tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan visa.
"Saya mengalami masalah dalam permohonan visa kerana apabila pertama kali memohon pada Disember lalu, saya tersilap memilih jenis visa menyebabkan permohonannya ditolak.
"Kini, saya dalam proses memohonnya semula dan berharap ia berjalan lancar," kata Muhamad Farkhan yang akan ditemani isteri dan ibu ke negara itu nanti.
Mengulas mengenai kemenangannya menentang peninju Indonesia Elly Pangaribuan, petinju berusia 28 tahun itu berkata ia adalah keputusan di luar jangkaan.
"Saya anggap pertemuan dengannya adalah satu cabaran besar memandangkan beliau mempunyai ranking tersendiri," katanya.
Muhamad Farkhan berjaya mengalahkan petinju tersebut selepas hanya dua pusingan daripada jumlah 12 pusingan.
Bernama
Tue Jul 26 2016
![Petinju negara Muhamad Farkhan akan jalani latihan di Las Vegas Petinju negara Muhamad Farkhan akan jalani latihan di Las Vegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81469537317_MuhamadFarkhanMohd.jpg)
Muhamad Farkhan tidak bercadang bertanding di peringkat kejuaraan dunia dalam tempoh dua tahun ini.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024 Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708937718_TBwaichingjpg.jpg)
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
![Dahului Dubai, Las Vegas, Kuala Lumpur di tangga ke-18 bandar terbaik dunia 2024 Dahului Dubai, Las Vegas, Kuala Lumpur di tangga ke-18 bandar terbaik dunia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706427628_EkonomiMalaysia.jpg)
Dahului Dubai, Las Vegas, Kuala Lumpur di tangga ke-18 bandar terbaik dunia 2024
Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18 secara global sebagai bandar terbaik untuk tahun 2024.
![Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700394512_MaxVerstappen.jpg)
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
![JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658118725_JLOBen.jpg)
JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck
Cinta yang pernah terjalin 20 tahun lalu kini direalisasikan mereka dalam perkahwinan.
![4 maut, pesawat bertembung di utara Las Vegas 4 maut, pesawat bertembung di utara Las Vegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658118128_PlaneCrash.jpg)
4 maut, pesawat bertembung di utara Las Vegas
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat nahas itu.
![Justin Bieber tangguh konsert selepas disahkan positif COVID-19 Justin Bieber tangguh konsert selepas disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637554050_BIEBER.jpg)
Justin Bieber tangguh konsert selepas disahkan positif COVID-19
Penyanyi berusia 27 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
![Jho Low berpesta seperti tiada hari esok, berhabis lebih RM1 juta untuk DiCaprio, Paris Hilton - Laporan Jho Low berpesta seperti tiada hari esok, berhabis lebih RM1 juta untuk DiCaprio, Paris Hilton - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641390074_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low berpesta seperti "tiada hari esok", berhabis lebih RM1 juta untuk DiCaprio, Paris Hilton - Laporan
Perbelanjaan hiburan itu termasuk 65 botol Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955.
![Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace? Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633786082_adele.jpg)
Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?
Caesars Entertainment enggan mengulas tentang pengganti yang berpotensi bagi bulan Februari dan awal Mac.
![Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642737858_Adele.jpg)
Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas
Penyanyi Adele mengumumkan penangguhan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.
![Anugerah Grammy dijadual semula pada 3 April akibat COVID-19 Anugerah Grammy dijadual semula pada 3 April akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641449306_grammy.jpg)
Anugerah Grammy dijadual semula pada 3 April akibat COVID-19
Anugerah Grammy 2022 telah dijadualkan semula pada April ini selepas ditangguhkan akibat krisis COVID.