IPOH: Pesuruhjaya Sukan (PJS) perlu memberi maklum balas segera berhubung notis aduan rasmi yang dihantar ahli-ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada 9 Dis lepas bagi menyelesaikan kemelut melanda badan induk bola sepak negeri ini.
Presiden PAFA Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata ini kerana ia dapat meleraikan segala kekusutan yang wujud sekali gus memberikan pengesahan mengenai pihak yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA.
"Desakan bagi mendapatkan maklum balas segera daripada pihak PJS ini disebabkan oleh rasa kasih dan sayang kami yang amat menebal kepada PAFA dan sukan bola sepak Perak khasnya. Kami tidak mahu isu-isu yang berlaku ketika ini akan menjadi punca kehancuran bola sepak Perak.
"Kami juga khuatir sekiranya kelewatan maklum balas ini adalah disebabkan oleh wujudnya tekanan daripada pihak-pihak tertentu, namun kami yakin pihak PJS adalah sebuah badan kerajaan yang mempunyai tahap kredibiliti serta integriti yang amat tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 24 Dis lepas, Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof dalam satu laporan media memaklumkan pihaknya tidak membuat sebarang kenyataan dalam menentusah atau mengiktiraf mana-mana pihak dalam menerajui PAFA.
Malah, PJS dalam kenyataan itu memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang laporan mengenai Kongres Luar Biasa (EGM) 14 ahli gabungan PAFA pada 19 Dis lepas.
Mengulas lanjut, Mohd Azhar berkata pihaknya juga menghantar permohonan Perintah Larangan terhadap PAFA kepada PJS pada 27 Dis lalu bagi memastikan tiada mana-mana pihak diberi kebenaran membuat sebarang keputusan atau tindakan berkenaan PAFA sehinggalah proses siasatan selesai dan keputusan PJS mengenai pihak yang sah untuk menerajui PAFA diterima.
Selain itu, katanya tindakan 14 daripada 18 Ahli Gabungan PAFA mengadakan Kongres Luar Biasa PAFA bertujuan mengelak risiko salah guna kuasa dan sebagainya termasuk mengelak campur tangan pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata pihaknya juga tidak mahu apa yang berlaku ketika ini akan meletakkan PAFA dalam keadaan lebih berisiko sehingga mengakibatkan badan induk itu dikenakan tindakan lebih drastik seperti penggantungan atau pembatalan pertubuhan.
"Kami hanya ingin membawa PAFA kembali semula ke haluan yang betul dan bersama-sama ahli-ahli gabungan untuk melaksanakan program dan aktiviti bola sepak sepertimana digariskan oleh Perlembagaan PAFA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Mohd Azhar berkata ini kerana ia dapat meleraikan segala kekusutan yang wujud sekali gus memberikan pengesahan mengenai pihak yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA. - Gambar fail
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Jumlah kematian akibat banjir besar di Bosnia dan Herzegovina meningkat kepada 18 - Pihak berkuasa
Jumlah kematian akibat banjir besar di Kanton Herzegovina-Neretva dan Kanton Bosnia Tengah di barat daya Bosnia dan Herzegovina (BiH) telah meningkat kepada 18 orang.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.
Rayuan pembatalan PAFA diterima, kekal status sebagai entiti
Kemelut yang menghimpit PAFA susulan pembatalan dan pembubaran persatuan itu Jun tahun lepas dinoktahkan.
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM
Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
PAFA dapat talian hayat KBS, tangguh pembatalan - Exco
Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) yang sebelum ini bakal dibubarkan diberi penangguhan pembatalan setelah perkara itu sampai kepada pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Perak FC bertukar pemilik lagi
Baru sahaja beberapa bulan dimiliki sebuah syarikat, Perak FC bakal bertukar pemilik lagi apabila dijual kepada pihak lain dalam masa terdekat.
Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan
Kemelut kepimpinan dalaman yang melanda PAFA akhirnya mengakibatkan badan induk itu digantung sehingga enam bulan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan persatuan.
Perebutan kuasa dalam Pafa memalukan - Exco
Perebutan kuasa yang berlaku mungkin akhirnya menyebabkan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA
Menteri Belia dan Sukan beri ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk selesai kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Pesuruhjaya Sukan perlu beri maklum balas kemelut PAFA
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata ini kerana ia dapat meleraikan segala kekusutan yang wujud sekali gus memberikan pengesahan mengenai pihak yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA.