KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu mempertahankan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan penganjur Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 tatkala terdapat desakan supaya ia dibatalkan.
Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata dakwaan desakan membatalkan kejuaraan edisi ke-20 di Sarawak itu timbul selepas empat negara iaitu Uzbekistan, Arab Saudi, Singapura dan Indonesia menyatakan minat menjadi tuan rumah bagi edisi seterusnya.
Megat Zulkarnain berkata jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi di negara ini menjadi antara asas digunakan beberapa pihak dalam mendesak supaya penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 dibatalkan.
Jelasnya, jika dibatalkan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) akan membuat tawaran baharu kepada mana-mana negara yang berhasrat menganjurkan edisi kejuaraan seterusnya pada masa hadapan.
"Saya risau ada beberapa negara sudah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah... semacam untuk memohon supaya Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 dibatalkan.
"Jadi kita sedang dalam rayuan untuk kejuaraan edisi 2020 dikekalkan. Maknanya jika masih kekal, Malaysia masih jadi tuan rumah. Kita sedang menunggu, mudah-mudahan hak penganjuran PERSILAT kepada Malaysia dikekalkan," katanya kepada Bernama semalam.
Jelasnya, usaha mempertahankan hak penganjuran itu juga kerana demi memastikan barisan pesilat negara yang telah bersedia mencipta sejarah selain mengharumkan nama Malaysia di pentas kejuaraan tertinggi berjaya melaksanakan misi tersebut.
Beliau berkata Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 juga bakal menjadi penampilan terakhir hampir kesemua pesilat senior negara.
"Kita kena hormati ramai dalam kalangan pesilat senior negara telah membuat keputusan untuk bersara selepas kejuaraan ini dan mereka nak mencapai impian menjadi juara dunia di bumi Malaysia. Jadi atas faktor itu Pesaka mesti mempertahankan hak ini," tegas beliau.
Menyentuh mengenai penangguhan kejuaraan tersebut, beliau menyifatkan ia sesuai dianjurkan pada Jun atau Julai dan Disember ini dengan mengambil kira faktor ketersediaan banyak negara terutama dari benua Eropah.
"Kerana satu adalah faktor cuti musim panas dan kedua cuti musim sejuk. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menganjurkan kejuaraan kerana banyak negara Eropah mengambil bahagian, maka kita kena prihatin kepada mereka," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021

Megat Zulkarnain menyifatkan Kejuaraan Pencak Silat Dunia sesuai dianjurkan pada Jun atau Julai dan Disember ini dengan mengambil kira faktor ketersediaan banyak negara terutama dari benua Eropah. - Gambar fail
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Peluang pencak silat dipertandingkan dalam Sukan Asia cerah - Pesaka
Peluang sukan pencak silat dipertandingkan semula dalam Sukan Asia Aichi - Nagoya 2026 dilihat cerah.

Sukan SEA: Keputusan berani Pesaka buahkan hasil
Keputusan berani diambil skuad silat negara dengan mempertaruhkan majoriti muka baharu pada Sukan SEA 2023 adalah langkah tepat.

Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia
Pesaka mahu mempertahankan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan penganjur Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 tatkala terdapat desakan supaya ia dibatalkan.

Malaysia raih empat emas Kejuaraan Pencak Silat Asia di China
Skuad pencak silat negara menutup musim 2019 dengan catatan cemerlang selepas merangkul empat pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa pada edisi kelima Kejuaraan Pencak Silat Asia yang berakhir di Y

Kalau terus begini, sukan silat tidak akan ke mana - Pesaka
Permasalahan lama, mutu pengadilan, perlu diselesaikan dengan muktamad dengan melihat semula dan menggubal undang-undang berkaitan sukan silat di peringkat antarabangsa.

Kembangkan silat ke persada antarbangsa - Ali Rustam
Tan Sri Mohd Ali Rustam menggesa persatuan-persatuan silat supaya mengembangkan seni mempertahankan diri tersebut ke persada antarbangsa.

Sukan SEA: 'Jika nak menang, menanglah secara jantan' - Megat Zulkarnain
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berang dan tidak berpuas hati dengan keputusan berat sebelah ketua pengadil di Sukan SEA, Singapura.
Silat Malaysia mampu pertahan gelaran
Persatuan Seni Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) meletakkan sasaran untuk meraih kejuaraan keseluruhan, pada kejohanan silat terbuka belgium, dari satu hingga lapan Mei depan.