KUALA LUMPUR:Cadangan pemberian skim pencen diperluaskan kepada atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Parlimen pada Khamis, mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai persatuan sukan kebangsaan.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Megat Zaharudin berkata skim itu tidak seharusnya diperluaskan kepada atlet negara layak ke mana-mana temasya Sukan Olimpik sahaja, sebaliknya turut diberikan kepada atlet para negara yang banyak menyumbang pingat kepada negara di temasya sukan antarabangsa.
"Bukan saya ingin banggakan atau membezakan, tetapi siapa yang banyak bagi pingat dan mengharumkan nama negara? Jadi, tidak kisah atlet normal atau para, harap kerajaan tidak pilih kasih dan saya minta kerajaan lihat perkara ini.
"Jika mahu berbelanja, biar sama rata. Kita patut contohi negara maju, tiada diskriminasi dan tiada 'double standard'," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Menyanjung Wira Atlet Para oleh Persatuan OKU Sentral dan Kumpulan Jakel kepada MPM di sini pada Khamis.
Terdahulu, Reezal Merican ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat berkata KBS akan mentimbangkan cadangan supaya atlet negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik mendapat skim pencen.
Reezal Merican berkata setakat ini skim pencen hanya layak untuk mereka yang memenangi pingat bagi temasya itu.
Sementara itu Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kenyataan terkini Reezal Merican itu memang tepat pada masanya bagi menaikkan semangat atlet negara yang sedang mengejar tempat di Sukan Olimpik.
"Masanya sudah tiba untuk kita iktiraf usaha gigih mereka dan menghargai pengorbanan bertahun-tahun lamanya dalam kehidupan mereka untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik," katanya.
Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Datuk Jasni Shafie pula melihat cadangan Reezal Merican itu dapat menyemarakkan semangat atlet negara untuk memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditunda pada tahun hadapan akibat pandemik COVID-19.
"Ada atlet dalam beberapa acara memang tidak berpeluang langsung memenangi pingat kerana saingan dan kemampuan berbeza.
"Tetapi pengumuman Menteri Belia dan Sukan ini pasti akan membakar semangat atlet untuk berusaha melakukan terbaik, sekurang-kurangnya melepasi saingan peringkat atau pusingan awal pertandingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Reezal Merican berkata setakat ini skim pencen hanya layak untuk mereka yang memenangi pingat bagi temasya Sukan Olimpik sahaja. - Gambar fail

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.

Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.

Tubuh Suruhanjaya Gaji, teliti isu pencen, dana persaraan secara menyeluruh - Penganalisis
Kerajaan digesa tubuhkan Suruhanjaya Gaji bagi meneliti isu pencen dan pelaksanaan skim persaraan secara menyeluruh.

Kekalkan pencen, galakkan penjawat awam menabung dalam KWAP - CUEPACS
Kerajaan disaran untuk mengekalkan pelaksanaan skim pencen sedia ada kepada penjawat awam.

Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.

Wakil rakyat tidak kisah jika pencen mereka dimansuhkan
Mohd Amar berkata, urusan pencen adalah hak kerajaan dan beliau menerima apa sahaja keputusan dibuat.

Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.

Pengambilan penjawat awam tetap baharu tidak berpencen
Dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.