Borrusia Dortmund mengekalkan permulaan baik tahun ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Nuremberg.

Sementara Nayern Leverkusen sekadar berkongsi mata selepas terikat tanpa jaringan kepada Freiburg.

Melayan kunjungan Nuremburg di Signal Iduna Park, Dortmund lebih banyak mengasak kubu lawan.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-18 menerusi sepakan penalty yang dibuat Jakub Blaszczykowski.

Berselang tiga minit Blaszczykowski sekali lagi mencatat nama selaku penjaring dengan meledak gol kedua perlawanan.

Robert Lewandowski melengkapkan kemenangan Dortmund dengan merembat deras gol ketiga pada minit ke-77.

Keputusan itu membolehkan Dortmund naik ke tempat kedua di belakang Bayern Munich.

Turun dengan reputasi empat perlawanan tanpa kalah berturut-turut Freiburg dilihat mempamerkan aksi yang konsisten.

Meskipun sering diasak pemain lawan, kekebalan pertahanan Freiburg berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.