SEPANG: Permohonan peruntukan RM3.9 juta untuk tujuan pembangunan sukan hoki lima sebelah (5s) sepanjang tempoh lima tahun mulai tahun ini, akan dapat membantu pasukan negara menyediakan pelapis bagi persediaan menghadapi Piala Dunia Hoki 5s 2028.
Menyifatkannya sebagai satu perkembangan positif, jurulatih skuad hoki 5s lelaki negara Wallace Tan berkata peruntukan itu juga dapat digunakan bagi mempopularkan lagi permainan itu yang masih boleh dianggap baharu dalam arena sukan negara.
"Berita sangat baik, peruntukan yang bagus, boleh menarik ramai orang untuk meminati hoki 5s. Kita perlu mempopularkan sukan ini supaya ada pelapis dan peminat sendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini, selepas pulang daripada kempen Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Oman.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut hadir menyambut kepulangan skuad hoki 5s negara itu berkata permohonan peruntukan itu dihantar kementeriannya kepada Kementerian Kewangan semalam.
Skuad hoki 5s lelaki negara muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 pada Rabu malam (awal pagi Khamis waktu Malaysia) selepas tewas 2-5 di tangan pasukan gergasi Eropah, Belanda pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Oman.
Mengulas laporan media tempatan yang memetik Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal yang memaklumkan bahawa Wallace menolak elaun daripada KHM, beliau berkata perkara itu dibuat kerana tekad membantu pasukan negara beraksi cemerlang tanpa membebankan badan induk berkenaan.
"Sejak saya dengar pengumuman penganjuran Piala Dunia Hoki 5s 2024, saya memang tekad bantu pasukan Malaysia, itulah yang saya perlu buat," kata Wallace.
Subahan berkata skuad hoki 5s lelaki dan wanita hanya menerima elaun yang sedikit berikutan masalah dialami badan induk itu.
Skuad negara bagaimanapun tidak menunjukkan masalah menamatkan kempen piala berprestij berkenaan sebagai naib juara dengan kapten negara Mohamad Akhimullah Anuar Esook turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas beliau berjaya meledakkan 11 gol sepanjang kejohanan berlangsung.
Mohamad Akhimullah berkata pasukannya sudah dididik untuk tetap berjuang bermati-matian dalam menggalas tanggungjawab sebagai pasukan negara di pentas antarabangsa meskipun memperoleh bayaran elaun yang sedikit.
"Elaun bukan masalah bagi kami sebab kami dididik bermain untuk negara, dari segi elaun dan dana kami tolak ke tepi, kami fokus kepada perjuangan dan setiap perlawanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
![Permohonan peruntukan RM3.9 juta bantu sediakan pelapis skuad hoki 5s - Jurulatih Permohonan peruntukan RM3.9 juta bantu sediakan pelapis skuad hoki 5s - Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706847873_TBHANNAHYEOHj.jpg)
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut hadir menyambut kepulangan skuad hoki 5s negara berkata permohonan peruntukan itu dihantar kementeriannya kepada Kementerian Kewangan semalam. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Permohonan peruntukan RM3.9 juta bantu sediakan pelapis skuad hoki 5s - Jurulatih Permohonan peruntukan RM3.9 juta bantu sediakan pelapis skuad hoki 5s - Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706847873_TBHANNAHYEOHj.jpg)
Permohonan peruntukan RM3.9 juta bantu sediakan pelapis skuad hoki 5s - Jurulatih
Permohonan peruntukan RM3.9 juta untuk tujuan pembangunan sukan hoki lima sebelah (5s) sepanjang tempoh lima tahun mulai tahun ini, akan dapat membantu pasukan negara menyediakan pelapis.
![Skuad hoki 5s wanita mara ke suku akhir Piala Dunia 2024 Skuad hoki 5s wanita mara ke suku akhir Piala Dunia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706188783_Hoki.jpg)
Skuad hoki 5s wanita mara ke suku akhir Piala Dunia 2024
Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara berjaya mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) selepas mengikat Fiji 4-4 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Muscat, Oman.