KUALA LUMPUR: Atlet Sarawak Ng Jing Xuan mencipta kejutan pada penampilan keduanya di Sukan Malaysia (Sukma), apabila berjaya muncul juara acara rejam lembing wanita dengan menundukkan atlet kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Selepas menamatkan saingan pada kedudukan kelima pada debut di Sukma Perak 2018, atlet berusia 18 tahun itu mencatatkan rejaman sejauh 43.45 meter (m), mengatasi atlet negara J. Pavithraa Devi dari Pulau Pinang yang merekodkan 43.42m.
Pingat gangsa menjadi milik Farisha Athirah Wai dengan rejaman 39.93m.
Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Jing Xuan bersyukur kerana mampu mempamerkan kebolehan beliau pada tahap tertinggi di hadapan peminat sukan tanah air negara.
"Saya memang sangat gembira kerana segala persiapan yang dilakukan semenjak dua tahun lepas berjalan lancar. Sebenarnya ini bukan kali pertama bertemu dengan Pavithraa, kami pernah berjumpa di Terbuka Kuala Lumpur dan dia senior jadi saya sangat menghormatinya.
"Saya juga berharap dengan kejayaan hari ini boleh dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan, namun setakat ini masih tiada perbincangan tentang perkara berkenaan... Sekiranya ada saya memang sudah bersedia," kata pelajar tingkatan enam di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak itu.
Sementara itu, atlet lompat kijang Andre Anura Anuar dari Sabah yang mempamerkan lompatan konsisten sejak lompatan pertama, berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di edisi Perak 2018.
Mengulas mengenai kejayaan berkenaan, beliau mahu mendedikasikan kemenangan itu buat negeri kelahirannya yang memberi sokongan padu terhadap kerjayanya selama ini.
"Saya gembira dengan lompatan 16.4m sebab masa Sukan SEA catat 16.5m manakala Sukan Komanwel kesemua lompatan saya dibatalkan, jadi dapat kekalkan 16m hari ini memang sangat puas hati.
"Lepas ini akan rehat dulu sebab lepas itu, kena fokus persiapan latihan tahun depan sebab banyak pertandingan antarabangsa dan terawal sekali ialah Sukan SEA Kemboja 2023," katanya.
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya mencatatkan lompatan sejauh 16.43m (m) manakala atlet Selangor Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi merekodkan 15.56m dan atlet Sarawak Brendon Ting Li King dengan 15.14m
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Ng Jing Xuan (tengah) muncul juara acara rejam lembing wanita dengan menundukkan atlet kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Bernama
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Perejam lembing Jing Xuan cipta kejutan, atasi atlet kebangsaan
Ng Jing Xuan muncul juara acara rejam lembing wanita dengan menundukkan atlet kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.