IPOH: Perak FC hari ini mengesahkan penamatan kontrak Mehmed Durakovic sebagai ketua jurulatih Perak FC selepas rundingan dilakukan selama seminggu.
Ahli Lembaga Pengarah Perak FC Khairul Shahril Mohamed berkata penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.
“Rundingan ini telah berjalan selama seminggu dan pengurusan menghormati pendirian Mehmed yang memilih untuk kembali ke Australia.
“Ini merupakan keputusan yang sukar dan berat untuk kami putuskan dan pastinya satu kehilangan yang besar kepada pasukan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihak pengurusan juga memilih bekas pengendali Kuala Lumpur Chong Yee Fatt untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Perak FC, keputusan yang dibuat atas nasihat Mehmed.
Katanya satu rundingan bersama Kuala Lumpur United FC telah dibuat untuk membawa pulang Yee Fatt bagi menggalas tanggungjawab itu.
Yee Fatt merupakan bekas pemain Perak bagi musim 1981 hingga 1983 dan musim 1986 serta pernah menyandang jawatan sebagai pembantu ketua jurulatih bagi musim 2011 hingga 2013 serta pada musim 2017 sewaktu pasukan diterajui oleh Karl-Heinz Weigang.
Dalam pada itu, Khairul Shahril berkata pihaknya juga bersetuju untuk melantik Rizal Naizali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC berkuat kuasa pada 10 Feb lalu selain turut berperanan sebagai pengurus pasukan tersebut bagi musim ini.
“Pengurusan telah mengesahkan Perak II menyertai Liga Premier Malaysia pada musim ini dan keputusan penyertaan itu dibuat demi pemantapan arena bola sepak negeri dan perkembangan bakat-bakat pemain muda di Perak,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihak pengurusan akan memuktamadkan pemilihan logo selepas dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada pagi esok.
“Untuk perkara ini, pihak pengurusan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang mengambil bahagian dalam urusan pemilihan logo yang baharu,” katanya.
Beliau berkata pihak pengurusan memohon maaf atas keresahan yang timbul dalam pengurusan Perak FC khususnya bagi menghadapi musim 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021
Pengurusan Perak FC menghormati pendirian Mehmed (gambar) yang memilih untuk kembali ke Australia. - Gambar fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka selesai dalam 10 hari
Tunggakan gaji para pemain pasukan Perak FC kini mencecah tiga bulan dan ia sampai ke pengetahuan PFAM.
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.