IPOH: Meskipun mempamerkan corak permainan yang baik, namun Ketua Jurulatih Perak FC Datuk Lim Teong Kim masih tidak berpuas hati dan menegaskan masih ada ruang untuk penambahbaikan pasukan.
Mengakui bangga dengan semangat juang yang ditonjolkan anak buahnya walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain, selepas pertahanan Muhammad Fadhil Idris dilayangkan kad merah pada minit ke-66, Lim berkata terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan pasukan.
"Bermain di laman sendiri sudah tentu memberi satu semangat dengan keberanian tersendiri... namun ada beberapa pemain yang tidak 'punya' keberanian ini, malah mereka tahu siapa yang saya maksudkan.
"Saya berbangga tatkala tertekan bermain 10 orang, namun kita berjaya mencipta beberapa peluang pada babak kedua, cuma penyudah yang tumpul dan kita akan perbaiki untuk dapatkan keputusan yang baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan, di sini malam tadi.
Pada perlawanan itu, jaringan hasil sepakan penalti Stefano Brundo pada masa kecederaan membantu Sri Pahang FC mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Perak FC, dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2023 di Stadium Perak, Ipoh.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan anak buahnya, yang mempamerkan semangat juang tinggi sekali gus meraih kemenangan.
"Saya nampak mereka (Perak FC) bermain lain daripada yang lain...Saya tengok banyak peningkatan dari mereka dan tahniah untuk penjaga gol mereka, selamatkan banyak peluang kita.
"Jadi kita tidak berputus asa dan hari ini (semalam) kita rasa happy dapat kembali daripada (ketinggalan) satu gol pada minit-minit terakhir... Yang penting kita punya semangat berpasukan agak kuat hari ini, jadi saya rasa bangga dengan anak buah saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Pemain Pasukan Perak Muhammad Hadi Fayyadh (dua, kiri) mengawal bola ketika bertemu pasukan Sri Pahang FC dalam saingan Piala FA Malaysia 2023 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC semalam.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1
Johor Darul Tazim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Ogos 2024.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.