KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik dan klasifikasi sukan tempur sebagai aktiviti di sekolah, merupakan antara lambakan pencapaian setahun Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dalam memperkukuhkan ekosistem sukan negara.
Menerusi hantaran Facebook Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini, antara pencapaian lain KBS ialah pelepasan cukai yang diperluas meliputi perbelanjaan yuran latihan sukan mulai 2024 dan membangunkan Kod Sukan Selamat, bagi menjamin hak dan kebajikan komuniti sukan.
Selain itu, KBS juga memastikan atlet negara akan menikmati caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula Januari tahun depan, selain telah mewajibkan pegawai pengiring untuk atlet paralimpik negara ke kejohanan antarabangsa, mewujudkan klinik kesihatan wanita pertama untuk atlet dan menyediakan Geran Padanan Sukan RM40 juta.
Pada masa sama, KBS turut meningkatkan bilangan sukan yang layak untuk insentif cukai, mengurangkan birokrasi dalam kelulusan penganjuran acara dan membentuk Jawatankuasa Pertikaian Sukan.
Dalam aspek merakyatkan sukan dan fasiliti KBS pula, KBS antaranya telah membuka fasiliti Stadium Nasional di Bukit Jalil kepada sekolah secara percuma untuk hari sukan, program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (Klas Renang) percuma untuk kanak-kanak B40, serta memperluas inisiatif Jualan Sukan Rahmah.
KBS juga mengadakan Hari Terbuka KBS untuk mengurangkan birokrasi dan mempermudahkan urusan untuk rakyat, membantu pasukan kebangsaan mendapatkan fasiliti latihan pusat melalui inisiatif 1 Sukan 1 Fasiliti, dan sumbangan RM1 setiap hasil jualan tiket bagi membantu konservasi Harimau Malaya menerusi kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Hari ini genap setahun sejak saya angkat sumpah menjadi Menteri Belia dan Sukan. Bekerja seolah-olah setiap hari merupakan hari terakhir saya di Putrajaya. 365 hari berlalu, berusaha melakukan reformasi yang akan mengubah ekosistem untuk kepentingan kita bersama.
"Saya mempunyai pasukan kakitangan awam yang hebat di KBS, yang bersemangat melakukan perubahan positif untuk memastikan ia berjaya. Terima kasih tidak terhingga kepada Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Ketua Setiausaha saya Dr Nagu (K. Nagulendran) dan hampir kesemua pegawai di pejabat saya, kerana bersama memikul tugas melaksanakan visi ini," kata Hannah dalam hantarannya itu.
Hannah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, atas kepercayaan mereka memberikan beliau peluang untuk memimpin dan berkhidmat.
Sementara itu, hantaran Hannah turut menyentuh pencapaian KBS dalam aspek memperkasakan belia MADANI, antaranya memberi nafas baharu kepada Rakan Muda menerusi 10 gaya hidup dan menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun, bermula 1 Jan 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
![Penubuhan Jawatankuasa RTG antara lambakan pencapaian setahun Hannah bersama KBS Penubuhan Jawatankuasa RTG antara lambakan pencapaian setahun Hannah bersama KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701249097_HannahYeoh.jpg)
Antara pencapaian lain KBS ialah pelepasan cukai yang diperluas meliputi perbelanjaan yuran latihan sukan mulai 2024 dan membangunkan Kod Sukan Selamat, bagi menjamin hak dan kebajikan komuniti sukan. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Penubuhan Jawatankuasa RTG antara lambakan pencapaian setahun Hannah bersama KBS Penubuhan Jawatankuasa RTG antara lambakan pencapaian setahun Hannah bersama KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701249097_HannahYeoh.jpg)
Penubuhan Jawatankuasa RTG antara lambakan pencapaian setahun Hannah bersama KBS
Antara pencapaian lain KBS ialah pelepasan cukai yang diperluas meliputi perbelanjaan yuran latihan sukan mulai 2024 dan membangunkan Kod Sukan Selamat.