KUALA LUMPUR: Penjaga gol muda Selangor FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dijadual berlepas ke Sepanyol malam tadi bagi menjalani sesi latihan dan percubaan bersama kelab LaLiga 2, CF Fuenlabrada selama seminggu bermula Sabtu ini.
Pengarah Operasi Urban Bash Sports Sdn Bhd Faliq Firdaus berkata pihaknya telah dihubungi pasukan di divisyen dua Sepanyol itu pada Julai lepas yang menyatakan minat untuk menguji keupayaan pemain skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan berusia 19 tahun itu.
Sebagai syarikat bertanggungjawab menguruskan karier Sikh Izhan, Faliq berkata pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Selangor FC bagi memastikan perjalanan karier pemain yang digilap menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu berada di landasan tepat.
"Tanggungjawab kita mencari kelab terbaik untuk Sikh Izhan tetapi kita harus hormat Selangor FC sebagai pasukan beliau yang sah. Sejak tahun ini kita mula hubungi kelab dan rakan-rakan kongsi kita di sana (Sepanyol) untuk cuba menerokai peluang Sikh Izhan bermain di luar negara.
"Jadi peluang itu timbul pada Julai lepas apabila CF Fuenlabrada menghantar surat menunjukkan minat," katanya yang akan turut ke Sepanyol bagi menemani Sikh Izhan sepanjang sesi percubaan, ketika dihubungi Bernama semalam.
Urban Bash Sports Sdn Bhd adalah syarikat tempatan yang memfokus kepada aspek pemasaran sukan dan pengurusan atlet.
Sikh Izhan merupakan penjaga gol muda meningkat naik negara yang mula menempa nama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bersama Selangor FC II pada musim 2020 sebelum diserapkan ke skuad utama Gergasi Merah menjelang saingan Liga Super 2021.
Selepas bertungkus lumus berusaha membuktikan kemampuan sejak diserapkan dalam skuad utama pada Disember tahun lalu, Sikh Izhan akhirnya membuat penampilan pertama bersama Selangor FC dalam kemenangan 4-2 ke atas Kedah Darul Aman FC pada aksi Liga Super, Ogos lepas.
Beliau turut berada dalam skuad B-22 negara kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney, yang berjaya mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022, pada pusingan kelayakan kejohanan itu di Ulaanbaatar, Mongolia, baru-baru ini.
"Ini sesuatu yang penting kepada Sikh Izhan, ia merupakan satu penanda aras dan fokus kita untuk pasarkan pemain yang ada kualiti. Jadi ketika ini tumpuan adalah untuk pastikan terdapat tawaran buat Sikh Izhan, bukan kontrak, kerana beliau masih pemain Selangor FC.
"Kita bekerjasama rapat dengan Selangor FC dan berminat nak tengok macam mana kedua-dua pihak boleh mendapat manfaat daripadanya, beberapa perkara lain juga mungkin boleh dicuba seperti dipinjamkan. Kita tengok macam mana nanti," kata Faliq.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Sikh Izhan mula menempa nama dalam saingan Liga-M bersama Selangor FC II pada musim 2020 sebelum diserapkan ke skuad utama Gergasi Merah menjelang saingan Liga Super 2021. - Gambar fail Bernama / Facebook Sikh Izhan Nazrel
Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina
UMNO semalam mengadakan program jelajah penerangan bertujuan memastikan ahli parti itu mendapat maklumat sahih dan tepat berkaitan isu semasa.
Jumlah mangsa banjir di Sabah kembali meningkat
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sabah pada jam 4 petang ini kembali meningkat kepada 481 mangsa.
Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan
Mahkamah Sesyen menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM100,000.
Edar dadah: Isteri dibebas dan dilepas, suami diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan seorang ahli perniagaan membela diri manakala membebas dan melepaskan isteri lelaki itu atas pertuduhan mengedar dadah.
Selangor dahului sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional - Perangkaan
Pertumbuhan ekonomi Selangor menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sebanyak 25.9 peratus.
AWANI Ringkas: Polis siasat penyebaran gambar mayat didakwa Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong zahir kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Olimpik, Paralimpik Paris
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Taufan Beryl musnahkan 90 peratus kediaman di St Vincent
90 peratus kediaman di pulau union di St. Vincent dan Grenadines mengalami kerosakan teruk susulan bencana taufan Beryl yang melintasi negara kepulauan itu.
KIGIP jadi hab semai bakat, inovasi utara Malaysia
Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Olimpik Paris 2024: MOM pilih rekaan baharu pakaian kontinjen 'lebih garang'
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau 'lebih garang' untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Penjaga gol muda negara jalani sesi percubaan di Sepanyol
Pasukan di divisyen dua Sepanyol itu pada Julai lepas menyatakan minat untuk menguji keupayaan Sikh Izhan Nazrel.
Liga Super: Hatrik Ifedayo pacu kemenangan Selangor ke atas Kedah di Alor Setar
Danial Asri memahat nama selaku penjaring Selangor selepas bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menyumbat masuk lintangan Hein Htet Aung.