PENJAGA gol kelab Belgium, Winkel Sport B, Arne Espeel meninggal dunia ketika menentang Westrozebeke dalam aksi divisyen dua wilayah Brabant Barat.
Pemain berusia 25 tahun itu rebah secara tiba-tiba selepas menepis sepakan penalti yang diberikan kepada Westrozebeke pada separuh masa kedua.
Pasukan perubatan cuba sedaya upaya menyelamatkannya dengan defibrilator sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
Penyebab kematiannya juga masih belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan pada Selasa.
Kelab itu dalam satu kenyataan berkata: " Arne telah bermain untuk kami sejak dia masih kecil, dan semua orang sangat menyukainya.
"Adalah mustahil untuk memahami bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku kepada seseorang yang begitu muda.
"Dia adalah seorang pemuda yang sihat sepenuhnya sebelum ini," kata kenyataan itu.
Pengarah sukan Winkel Patrick Rotsaert kemudiannya menambah: "Ini adalah bencana, dan satu kejutan untuk kita semua.
"Arne seorang individu yang baik, dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain.
"Ia adalah tamparan besar, terutama sekali untuk keluarganya dan seluruh kelab kami," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 14 2023
Pasukan perubatan cuba sedaya upaya menyelamatkan Espeel dengan defibrilator sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital. - Sinar Harian
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Penjaga gol Belgium meninggal dunia selepas selamatkan penalti
Penjaga gol kelab Belgium Arne Espeel meninggal dunia ketika menentang Westrozebeke dalam aksi divisyen dua wilayah Brabant Barat.