KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terus diburu kebimbangan apabila terkini Pengurus Besarnya pula disahkan positif COVID-19 pada Selasa.
Presiden KOM Datuk SM Muthu berkata pejabat persatuan telah ditutup serta-merta selama 14 hari dan beroperasi dari rumah sementara tiga kakitangan sedang menunggu keputusan ujian saringan.
Dua hari lepas, Bernama melaporkan ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, isteri dan anak lelakinya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
"Keputusan ujian saya adalah negatif manakala kakitangan persatuan pula masih menunggu keputusan ujian dan diharap kesemuanya adalah negatif. Saya berada di pejabat sekitar dua jam, memakai pelitup muka setiap masa," katanya ketika dihubungi.
Muthu berkata keadaan Mohd Manshahar semakin pulih manakala atlet kebangsaan yang terlibat dengan program Olimpik dan Sukan SEA meneruskan latihan secara kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.
Sementara itu, KOM sedang melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan atlet kebangsaan dalam acara trek dan padang layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan.
Muthu berkata adalah penting untuk atlet kebangsaan menyertai Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19 hingga 20 Jun ini sebelum tarikh akhir kelayakan ke Olimpik pada 29 Jun.
"Setelah sekian lama tanpa kejohanan di luar negara, kejohanan ini sangat penting kepada atlet negara untuk cuba melayakkan diri ke Olimpik dan sebagai persiapan awal menjelang Sukan SEA Hanoi pada November.
"Setakat ini, MSN telah memberikan lampu hijau dan menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekarang kita juga menunggu kebenaran daripada Kazakhstan," katanya.
KOM menyenaraikan 11 atlet untuk membawa cabaran skuad olahraga di Almaty diketuai jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei selain Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Andre Anura Anuar (lompat jauh) dan Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang).
Turut tersenarai Muhammad Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa (100 meter lelaki), Khairul Hafiz Jantan (200m) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021

Pejabat KOM telah ditutup serta-merta selama 14 hari dan beroperasi dari rumah sementara tiga kakitangan sedang menunggu keputusan ujian saringan. - Gambar hiasan/ Reuters
AWANI Ringkas: Lori sedang ditunda kemalangan di Pendang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [9/3/2025] – Komen Rasis | Kekacauan Berulang Di Selatan Thailand | Amaran Keselamatan | Penilaian Tempoh Sebulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

SUKMA: KBS perlu tetap dasar kekal sukan teras, tindakan pengguguran merugikan - Exco Johor
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan satu dasar bagi mengekalkan sukan teras yang mampu menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa, agar tidak digugurkan pada temasya SUKMA.

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Pengurus Besar KOM disahkan positif COVID-19
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terus diburu kebimbangan apabila terkini Pengurus Besarnya pula disahkan positif COVID-19 pada Selasa.