Penembak buta negara, Mejar Azhari Abdullah meraih pingat gangsa manakala ASP Amir Abdullah menduduki tangga ke-10 kejohanan berprestij Piala Ostrava di Republik Czech dari 15-18 Sept lepas.
Kedua-dua penembak dari Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia (MBSA) ditaja Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) untuk melakukan penampilan pertama pada kejohanan anjuran negara Eropah Tengah itu.
"Ini adalah kali pertama Malaysia menghantar dua penembak dari MBSA ke kejohanan antarabangsa berprestij itu," kata Presiden MBSA yang juga Pengerusi Persekutuan Sukan Orang Buta Antarabangsa (Asia), Dr S. Radhakrishnan dalam kenyataan di sini hari ini.
"Kami berbesar hati dengan penajaan daripada THONEH dan menghargai sumbangan mereka dalam menyokong atlet buta," katanya.
Piala Ostrava adalah kejohanan menembak antarabangsa yang dianjurkan Kelab Sukan Polis Ostrava untuk atlet buta dan cacat penglihatan.
Pengurus Besar THONEH Dr Norasidi Salim Al-Haj berkata hospital itu menaja pakaian atlet, tiket penerbangan dan tempat tinggal, selain peranti baru sasaran untuk pertandingan tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Penembak buta Malaysia menang gangsa Piala Ostrava
Penembak buta negara, Mejar Azhari Abdullah meraih pingat gangsa manakala ASP Amir Abdullah menduduki tangga ke-10 kejohanan berprestij Piala Ostrava di Republik Czech dari 15-18 Sept lepas.