KUALA LUMPUR: Pendaftaran liga e-sukan terbesar Malaysia Esports League (MEL) 2024 bagi Liga Negeri dan Kebangsaan kini dibuka sehingga 4 Ogos ini.
Esports Integrated (ESI) memaklumkan pemain e-sukan tanah air boleh mendaftar menerusi platform www.esukan.gg untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan bersama-sama 13 Persatuan e-sukan negeri dan tiga persatuan e-sukan Wilayah Persekutuan itu.
"Ini adalah kali keempat penganjuran MEL oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui inisiatif ESI, dan pada tahun ini MEL menampilkan empat judul permainan untuk liga dan dua judul permainan untuk Siri Terbuka dengan menawarkan hadiah tunai terkumpul berjumlah RM264,700.
"Empat judul permainan yang dipertandingkan di Liga Negeri dan Kebangsaan ialah Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown's Battleground Mobile (PUBG), Garena Free Fire dan eFootball Mobile. Manakala untuk Siri Terbuka bakal mempertandingkan judul permainan Valorant dan Tekken 8," kata ESI dalam kenyataan hari ini.
ESI berkata Liga Negeri akan berlangsung dari 9-18 Ogos manakala Liga Kebangsaan bakal berlangsung dari 30 Ogos hingga 6 Okt.
Lebih menarik tahun ini apabila format liga MEL telah diberi nafas baru, yang menyaksikan para pemain yang bakal mewakili negeri mereka di Liga Kebangsaan akan dipilih oleh persatuan e-sukan negeri masing-masing dan bukannya berdasarkan penyertaan pasukan seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Untuk maklumat lanjut layari media sosial Esport Integrated," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

ESI berkata Liga Negeri akan berlangsung dari 9-18 Ogos manakala Liga Kebangsaan bakal berlangsung dari 30 Ogos hingga 6 Okt.

Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'
Tindakannya yang pantas dan berani menjadikannya sensasi di media sosial dengan gelaran 'Mask Qipao Superwoman'.
AWANI Pagi: One Cent Thief Kembali Dengan Isu Lebih Kompleks, Mendebarkan
Berikutan kejayaan pada tahun 2022 dan pujian meluas daripada penonton tempatan, Astro terus memperkasa industri hiburan Malaysia dengan tayangan perdana "One Cent Thief" Musim Kedua. Saksikan perkongsian lanjut dalam #AWANIPagi

PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.
Jack Ma buat kemunculan semula, jadi pemacu China?
Jack Ma kembali ke pentas korporat selepas bertahun-tahun menjauhi perhatian umum, menandakan pemulihan hubungannya dengan Beijing. Kemunculannya dalam pertemuan bersama Presiden Xi Jinping memberi isyarat penting kepada sektor swasta China yang kini diharap membantu pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan Singapura: Pelbagai bantuan atasi inflasi, pertumbuhan jadi tumpuan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Pendaftaran liga e-sukan MEL 2024 kini dibuka
Pendaftaran liga e-sukan terbesar Malaysia Esports League (MEL) 2024 bagi Liga Negeri dan Kebangsaan kini dibuka sehingga 4 Ogos ini.