KUALA LUMPUR: Peraturan baharu dalam arena pencak silat dunia bakal memecah dominasi Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam selain memberi kelebihan kepada negara Asia Tengah.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata perkembangan terkini menunjukkan negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Azerbaijan sudah mula menunjukkan taring dalam acara tempur itu.
"Adalah cukup menarik perhatian kita kerana kita tengok mereka selesa peraturan baharu dan mereka suka. Kita kena faham, negara-negara ini fizikal kuat, jadi mereka mula berkembang dan mereka semua ini memang pejuang," katanya kepada program Sukan Plus Bernama TV.
Selain itu, Megat Zulkarnain berkata atlet dari Asia Tengah dilihat mula menguasai peraturan baharu berikutan negara-negara berkenaan telah membuka sektor sukan mereka pada pasacapandemik COVID-19 berbanding di rantau ini yang masih suram.
Katanya, negara di Asia Tengah juga, hampir setiap bulan menganjurkan kejohanan terbuka yang disertai negara serantau.
Antara peraturan baharu yang digunakan seperti membenarkan membuat tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest, membuat kuncian, sekali gus menjadikan sukan silat lebih menarik ala mempertahankan diri campuran (MMA).
Sementara itu, Megat berkata biarpun berbangga dengan penerimaan pencak silat di seluruh pelosok dunia namun beliau mengingatkan pesilat negara untuk bersedia dengan impak luar biasa yang bakal diterima dalam kejohanan pertama mereka tahun depan.
Kalendar silat dunia akan bermula dengan Terbuka Begium bertaraf empat bintang pada Mac 2021, diikuti Sukan SEA (Mei) dan Kejohanan Silat Dunia (Julai).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021

Perkembangan terkini menunjukkan negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Azerbaijan sudah mula menunjukkan taring dalam acara tempur itu. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

UNESCO iktiraf pencak silat milik Malaysia, Indonesia
Istilah pencak silat turut digunakan dalam Kejohanan Sukan SEA mahupun dunia sebelum ini.

Sukan SEA: Tiga emas daripada skuad pencak silat negara
Kontinjen silat negara hari ini meneruskan prestasi cemerlang apabila menghadiahkan tiga butir emas pada Sukan SEA Kemboja 2023.

Sukan SEA: Malaysia tambah empat pingat emas, naik ke kedudukan ketujuh
Malaysia pada Ahad menambah empat pingat emas sekali gus menyaksikan kedudukan kontinjen negara naik dua anak tangga ke tempat ketujuh.

Kemenangan di Sukma suntik semangat Adib buru emas kejohanan dunia
Muhammad Khairi Adib pasang impian menghadiahkan emas buat negara setelah hanya mampu menyumbang perak di kejohanan itu, Julai lepas.

Pesilat negara mula langkah kanan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Sukan SEA Hanoi: Tiga lagi pendekar negara tempah tiket ke separuh akhir silat
Tiga lagi wakil kontinjen pencak silat negara berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir pada Sukan Sea ke-31.

Pencak silat: Peraturan baharu, tumbukan Superman dibenar, beri kelebihan kepada Asia Tengah
Peraturan baharu dalam arena pencak silat dunia bakal memecah dominasi Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam selain memberi kelebihan kepada negara Asia Tengah.

UNESCO iktiraf silat sebagai warisan budaya milik Malaysia
Seni bela diri tradisional itu sertai warisan negara lain seperti persembahan mak yong dan dondang sayang dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO.

Pencak silat: Pesilat negara sumbang dua pingat perak
Hasrat skuad negara untuk meraih emas dalam saingan silat tidak kesampaian apabila dua wakil terakhir negara terpaksa akur dengan pingat perak Sukan Asia 2018, sebentar tadi.

Pencak silat: Taqiyuddin, Afifi sumbang gangsa keenam
Skuad silat negara menyumbang pingat gangsa keenam Malaysia selepas pasangan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Muhamad Afifi Nordin mengutip 560 mata menerusi acara ganda putra dalam Sukan Asia.