KUALA LUMPUR: Penang FC melakar kemenangan terbesar mereka dalam kempen Liga Super 2021 setakat ini apabila membelasah Terengganu FC 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada sembilan perlawanan.
Kali terakhir juara Liga Premier musim lepas itu tewas ialah ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, menentang juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada awal Mac lalu.
Turun sebagai pasukan pelawat, skuad kendalian Tomas Trucha mengejutkan TFC dengan dua gol pada separuh masa pertama, masing-masing dijaringkan pemain import dari Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit kelapan dan kapten pasukan Endrick dos Santos pada minit ke-21.
Wira TFC menentang JDT minggu lalu, Mohamad Hakimi Abdullah merapatkan kedudukan menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti pada minit ke-59, namun kemaraan skuad Sang Penyu terhenti susulan dua gol penyerang Anselmo Arruda da Silva pada minit ke-65 dan ke-68.
Kemenangan tersebut membolehkan Penang FC mengatasi TFC di kedudukan ketiga Liga Super selepas mengumpul 22 mata sementara TFC kekal 21 mata.
Sementara itu, Sri Pahang FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas enam perlawanan apabila berpesta gol membenam UiTM FC 5-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Skuad Tok Gajah ternyata gah menguasai kedua-dua babak permainan, mendahului 2-0 pada 45 minit pertama hasil jaringan Lee Tuck seawal 50 saat perlawanan berlangsung sebelum Pedro Henrique melebarkan kedudukan pada minit ke-34.
Muhammad Baqiuddin Shamsudin, Herold Goulon masing-masing mencetak nama sebagai penjaring buat Sri Pahang FC pada babak kedua perlawanan sebelum jaringan sendiri Fahmi Sabri melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 skuad bimbingan Dollah Salleh itu.
Kejayaan itu masih gagal mengeluarkan Sri Pahang FC dari zon penyingkiran, namun hanya satu mata memisahkan mereka dengan Perak FC yang mempunyai kelebihan satu perlawanan di kedudukan ke-10 dengan sembilan mata.
Sementara itu, gol tunggal penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-85 memastikan Sarawak United FC merampas takhta Liga Premier selepas mengatasi Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Sarawak United FC kini mengumpul 20 mata sementara pencabar terdekat Negeri Sembilan FC di kedudukan kedua dengan 18 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Anselmo Arruda Da Silva (kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang pasukan Terengganu FC pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Jangan 'tangkap muat' pemain warisan - Dollah
Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.