Selepas menganjurkan Kejohanan Formula 1 (F1) dunia selama 19 tahun, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kereta yang paling dinanti-nantikan di dunia.
Kerajaan Malaysia dengan rasa berat hati mengumumkan pada April keputusan tidak lagi akan menganjurkan F1 disebabkan kos penganjurannya yang tinggi dan jumlah penonton yang merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, beberapa peminat masih berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk meletakkan semula Malaysia dalam kalender F1.
Seorang daripada mereka ialah ahli perniagaan K. Cerethar, 45, yang penuh yakin bahawa F1 akan kembali ke Sepang dalam masa beberapa tahun akan datang.
"Saya dapat menyaksikan permintaan di kalangan peminat tempatan telah melonjak tahun ini berbanding beberapa tahun lepas kerana harga tiket lebih murah dan pemasaran oleh penganjur.
"Saya mendapati kira-kira 60 peratus peminat tempatan hadir di sini yang menunjukkan minat kepada sukan itu," kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di grandstand utama.
"Saya adalah peminat tegar Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes AMG Petronas. Saya suka menonton perlumbaan F1 kerana saya cintakan alam sekitar," kata peminat kelahiran Gemas itu.
S. Rajamohan, 42, juga berkongsi pandangan yang sama. Beliau telah menonton perlumbaan itu sebanyak 10 kali di Sepang, kali pertama semasa edisi sulung pada 1999.
"Saya akan berasa amat kehilangan apabila F1 tidak lagi diadakan. Bagi saya, F1 ialah mengenai kelajuan, bunyi deruman enjin yang menggegarkan dan keputusan yang sukar diramalkan, dan Sepang dikenali sebagai litar yang amat mencabar," kata Rajamohan, yang terlibat dalam perniagaan buku dan alat tulis.
Bagi Hilmi Kadir, beliau yang tidak pernah melepaskan peluang hadir menyaksikan pasukan kegemarannya bersaing sejak perlumbaan sulung pada tahun 1999 berkata, bermandi peluh mendaki bukit ke tempat duduk penonton (hillstand) adalah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.
"Sejak 1999 saya tidak pernah terlepas untuk datang ke sini menyaksikan perlumbaan F1 dan saya masih ingat apabila terpaksa bersesak-sesak mendaki bukit yang tinggi dalam keadaan cuaca panas terik untuk memberi sokongan kepada pasukan kegemaran saya.
"Tipu kalau saya katakan yang saya tidak sedih tetapi saya harapkan perlumbaan terakhir hari ini akan menjadi
yang paling terbaik dalam lipatan sejarah penganjuran GP Malaysia," katanya.
M.Samynathan, 46, yang sudah lima kali menyaksikan perlumbaan GP Malaysia pula berkata edisi kali ini beliau membawa ahli keluarga serta sahabatnya untuk sama-sama berkongsi merasai kehangatan perlumbaan F1.
"Sebelum ini, kerana terlalu minat dengan perlumbaan F1 saya datang berseorangan, memandangkan ini adalah perlumbaan terakhir di Malaysia, saya memujuk ahli keluarga serta sahabat baik saya untuk menyaksikan perlumbaan bersama saya," katanya yang turut berharap GP Malaysia dapat dianjurkan semula pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017
Peminat tempatan masih berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk meletakkan semula Malaysia dalam kalender F1.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara GP F1 Qatar.
F1: Lando Norris ancam kedudukan Verstappen selepas ungguli GP Singapura
Lando Norris sekali lagi mencipta sensasi untuk mengancam kedudukan pendahulu F1 ketika ini, Max Verstappen, di kejuaraan Grand Prix Singapura.
F1 GP Singapura: Sesi latihan tergendala, biawak masuk litar Marina Bay
Sesi latihan Grand Prix Formula One Singapura tergendala seketika susulan seekor biawak berada di landasan Litar Perlumbaan Marina Bay, hari ini.
F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
F1: Max Verstappen muncul juara GP China
Pelumba Red Bull, Max Verstappen, terus mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara GP China dalam saingan Formula Satu di Shanghai.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan
Christian Horner akan meneruskan tanggungjawab sebagai ketua pasukan F1 Red Bull selepas dibebaskan daripada dakwaan salah laku.