KUALA LUMPUR: Pemenang dua pingat Sukan Olimpik dan pemain golf nombor tiga dunia Lydia Ko merupakan antara pemain terbaik yang akan menyertai Kejohanan Golf Maybank 2023 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur and Country Club (KLGCC) dari 26-29 Okt.
Pihak penganjur turut menamakan penyertaan pemain nombor empat dunia Ruoning Yin, pemenang Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) dua kali Lilia Vu, serta Allisen Corpuz yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Terbuka Amerika Syarikat.
Ko, 26 merupakan pemain golf termuda untuk memenangi Jelajah LPGA pada usia 15 tahun, satu rekod yang tercatat sehingga 2017, selain menang 19 jelajah LPGA, dengan kekurangan dua mata sahaja sebelum layak untuk dimasukkan ke dalam Hall of Fame LPGA, yang mampu beliau capai dengan dua lagi kemenangan pada musim biasa atau dengan satu kejohanan besar.
Pemain berasal dari New Zealand yang menang pingat perak di Olimpik Rio 2016 dan gangsa di Tokyo 2020, juga merupakan pemenang dua kali Anugerah Pemain Terbaik Rolex iaitu pada tahun 2015 dan 2022.
Sementara itu pemain dari Amerika Syarikat yang sedang meningkat naik, Vu, 25, yang tahun ini memenangi LPGA Honda Thailand dan Kejohanan Chevron, selain menang tiga Jelajah Epson, juga akan menyertai kejohanan yang telah tidak dianjurkan selama tiga tahun akibat pandemik COVID-19.
Yin pula pada usia 20 tahun telah meletakkan dirinya sebagai pencabar dalam golf wanita, selepas memenangi kejohanan PGA Wanita KPMG dan Terbuka LA Implant DIO, dan menjadi pemain dari China kedua untuk menang Jelajah LPGA selepas Shanshan Feng, manakala Corpuz kini berkedudukan keenam dunia.
Keempat-empat pemain terbaik dunia itu akan menyertai 64 lagi pemain Jelajah LPGA untuk Piala Tiger itu bagi merebut hadiah keseluruhan USD3 juta (kira-kira RM13.7 juta), dengan sepuluh lagi tempat disediakan untuk pemain Malaysia dan ASEAN.
Kelly Tan yang dua kali mewakili negara di Sukan Olimpik, akan mengetuai cabaran wanita negara pada kejohanan yang diiktiraf LPGA itu.
Duta Maybank berusia 20 tahun itu, merupakan pemain terbaik Malaysia yang menamatkan penyertaan di Jemputan Dow Great Lakes Bay Invitational 2022 di tempat kedua dan memenangi Florida's Natural Charity Classic 2019.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata penyertaan pemain golf wanita terbaik dunia ke kejohanan itu, menunjukkan komitmen Maybank untuk meraikan sukan pada paras tertinggi.
Penganjur juga mengumumkan harga tiket, termasuk Pas Harian RM38 (untuk kemasukan hanya pada Khamis dan Jumaat), Pas Hujung Minggu RM68 (untuk Sabtu dan Ahad), atau Pas Musim RM88 (untuk keseluruhan empat hari).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Ko, 26, merupakan pemain golf termuda untuk memenangi Jelajah LPGA pada usia 15 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
Kementerian Pertahanan (Mindef) memfokuskan tiga perkara untuk diberikan perhatian dalam usaha menjayakan Kepengerusian ASEAN yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
KUPPutra, Raydiates Blue bantu usahawan PKS
Kelab Usahawan Putrajaya komited membantu usahawan melalui penganjuran bazar Aidilfitri iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya.
Pemenang pingat Olimpik Lydia Ko antara pemain ternama sertai Kejohanan Golf Maybank
Pemenang dua pingat Sukan Olimpik dan pemain golf nombor tiga dunia Lydia Ko merupakan antara pemain terbaik yang akan menyertai Kejohanan Golf Maybank 2023.