KETUA jurulatih memanah negara, Lee Jae-Hyung, enggan mengulas kedudukan sebagai calon jawatan pengarah teknikal, dengan pemanah kebangsaan meminta apapun yang berlaku, pengendali kelahiran Korea Selatan itu perlu kekal di Malaysia.
Kedudukan Jae-Hyung menjadi tanda tanya selepas Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) tidak berpuas hati dengan prestasi atletnya dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
Antara jalan penyelesaian, NAAM bercadang melantiknya sebagai pengarah teknikal untuk memantau program kebangsaan dan di peringkat akar umbi.
Apa yang pasti, pemanah negara memberi sokongan padu kepada Jae-Hyung yang akan tamat kontrak, Disember depan.
"Beliau seorang yang baik hati.
"Dedikasinya terhadap sukan memanah ini sangat tinggi, beliau memberi (komitmen) 100 peratus, lebih daripada beliau sendiri," jelas Muhammad Fareez Rosli.
"Dia baik dan banyak membantu. Sukar untuk menggantikan tempatnya," terang Muhamad Ikram Joni pula.
Bagaimanapun, Jae-Hyung enggan mengulas perkara itu dan hanya fokus terhadap sesi latihan skuad kebangsaan.
Pemanah berpengalaman dalam skuad kebangsaan, Khairul Anuar Mohamad, turut menyokong agar Jae-Hyung dikekalkan.
"Kalau cakap tentang pengganti, kami berkemungkinan akan berdepan masalah kerana persefahaman. Malah, komunikasi tak susah sebab dia boleh berbahasa Melayu," katanya.
Astro Arena
Wed Aug 31 2016

Pemanah negara termasuk Khairul Anuar Mohamad memberi sokongan padu kepada Jae-Hyung yang akan tamat kontrak, Disember depan. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Skuad tenpin bowling raih pingat emas pada Kejohananan Bowling Lelaki Dunia
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong.

Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Welson Sim, Fatehah Olimpian Terbaik 2017
Perenang negara, Welson Sim, dan pelumba basikal trek, Fatehah Mustapa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2017.

Sukan SEA: Skuad tenis intai slot perlawanan akhir
Lima pingat emas ditawarkan dalam acara tenis yang merangkumi acara perseorangan, beregu, lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Kami patut menang - Zidane
Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.

Felipe Massa tangguh persaraan dalam kancah F1
Tidak dapat menolak tawaran setahun lagi untuk beraksi dalam F1 bagi membantu pasukan Williams bersaing secara kompetitif tahun ini.

Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia
Juara 20 kali EPL itu memperoleh pendapatan sebanyak 689 juta Euro (RM3.2 bilion) hasil daripada hak komersial yang meningkat kepada 100 juta Euro (RM4.7 juta).

Kelab China berang dikaitkan dengan James Rodriguez
Hebei Fortune menyifatkan laporan media sudah melampaui batas kerana mengada-adakan sesuatu yang ternyata tidak benar.

Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.

BAM ambil langkah proaktif cari pemain pelapis untuk musim 2017
Pemilihan yang dijalankan di Stadium Badminton Bukit Kiara sejak Rabu lalu telah menghimpunkan seramai 100 pemain remaja dari seluruh tanah air.