KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan kanan Petaling Jaya City (PJ City) FC Rajes Perumal, 37, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kemalangan berlaku semasa mangsa menaiki motosikal dari arah Jalan Sri Batu Caves menghala Batu Muda pada 10.30 malam dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok yang berada di bahu jalan berkenaan.
Beliau berkata akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Ariffin berkata orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Sementara itu, Jurulatih PJ City P. Maniam berkata jasad mendiang kini masih berada di Hospital Selayang dan bakal tiba di rumahnya pada 5 petang ini.
"Esok upacara pengebumian bakal dijalankan sekitar 1 tengah hari, lokasi masih belum diketahui lagi," katanya kepada Bernama hari ini.
Maniam menyifatkan pemergian Rajes yang merupakan bapa kepada tiga anak itu, kehilangan besar buat PJ City kerana beliau merupakan antara pemain berpengalaman dan orang penting skuadnya.
"Dia seorang yang berdisplin dan sangat komited sebagai pemain dan dia juga suri teladan buat pasukannya, kadang-kadang saya memang berbincang dengannya mengenai barisan pemain skuad PJ City dan bagaimana untuk menambah baik prestasi pasukan," katanya.
Rakan sepasukannya Kalamullah Al-Hafiz yang merupakan penjaga gawang PJ City berkata mendiang ketika hayatnya merupakan seorang yang tidak banyak bercakap namun banyak memberi dorongan kepada rakan sepasukan.
Rajes yang sudah empat tahun menyertai skuad PJ City bermula tahun 2018 sebelum itu bermain untuk skuad PKNS FC pada 2011-2013 diikuti Selangor (2014), Kedah (2015) dan kembali ke PKNS FC pada 2016-2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pemain pertahanan kanan PJ City maut kemalangan - Polis
Pemain pertahanan kanan Petaling Jaya City (PJ City) FC Rajes Perumal, 37, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal, malam tadi.

Pasukan Liga-M manfaatkan kelonggaran MKN adakan latihan
Kebanyakan pasukan Liga-M memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran mengadakan latihan yang diberikan oleh MKN yang bermula hari ini dengan memulakan latihan sebagai persiapan menghadapi musim 2021 Mac ini.